Samsung dan Apple merupakan dua gergasi pengeluar peranti mudah alih yang kita tidak perlu perkenalkan lagi. Masing-masing bersaing hebat dalam menghasilkan gajet dengan teknologi-teknologi terkini.
Tidak cukup dengan itu, syarikat-syarikat terkemuka ini juga mempunyai cara yang tersendiri dalam mempromosikan barangan mereka. Berikut merupakan 5 video iklan oleh Samsung yang secara terang-terangan menyindir peranti Apple. Jom saksikan video-video tersebut.
1. Perli iPhone X
Rasanya ramai yang sudah menonton video iklan terbaru ini. Samsung tampil dengan satu iklan yang berjudul Samsung Galaxy: Growing Up yang mana mereka menyindir iPhone dari generasi yang pertama iaitu pada 10 tahun lepas.
Dan sudah semestinya babak paling lucu adalah pemuda yang mempunyai potongan rambut ala “notch” iPhone X di saat-saat akhir video.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=53&v=R59TevgzN3k
2. Pengecasan tanpa wayar Samsung Galaxy S6
Video ini, Samsung mempromosikan Samsung Galaxy S6 dan S6 Edge dengan sokongan pengecasan tanpa wayar. Jika diamati, kita boleh lihat kabel yang digunakan dalam video ini merupakan jenis lightning yang cukup sinonim dengan peranti Apple.
3. Samsung Galaxy Tab Pro 10.1 lagi nipis dari Apple iPad Air
Tidak cukup dengan telefon, Samsung turut menggunakan tablet Apple hanya untuk menaikkan lagi kelebihan produk mereka. Contoh seperti video dibawah yang mana Tab Pro 10.1 lebih nipis berbanding iPad Air.
Selain rekaan nipis, Tab Pro 10.1 juga mempunyai paparan yang lebih baik dengan sokongan splitscreen.
4. Fungsi canggih Samsung Galaxy S4
Video ini mengetengahkan kecanggihan Samsung Galaxy S4 yang dilengkapi dengan fungsi kamera yang baik, Android Beam serta boleh dijadikan alat kawalan jauh.
Terdapat babak yang secara terang-terangan menyindir iPhone adalah ketika mahu berkongsi foto menggunakan Android Beam. Samsung juga sempat memerli dengan ayat “ada telefon pintar yang LEBIH PINTAR berbanding telefon pintar yang lain.”
https://www.youtube.com/watch?time_continue=51&v=fKunpnL4g0w
5. Sindir pembeli yang sanggup beratur panjang
Setiap kali Apple mengeluarkan peranti yang baru, sudah pasti ramai yang sanggup beratur panjang menunggu penawarannya. Untuk video pengenalan Samsung Galaxy S2, syarikat dari Korea Selatan itu menyindir pembeli yang menunggu lama untuk membeli iPhone. Tambah memedihkan lagi, diwaktu itu S2 dilengkapi dengan skrin paparan yang besar dan sambungan 4G.