Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Website ThumbnailImage-2

5 Vakum Tanpa Wayar Bawah RM400

Diterbitkan April 5, 2024 oleh Athirah Isa

Setiap rumah semestinya memiliki vakum untuk membersihkan rumah kerana ia lebih efisien berbanding penyapu biasa.

Penggunaan vakum juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan di rumah secara berkesan dan pantas.

Lagi mudah jika ia jenis tanpa wayar. Barulah rasa lebih bebas apabila kita sedang vakum karpet atau lantai.

Sekiranya anda belum ada vakum tanpa wayar atau cordless, ini adalah 5 vakum tanpa wawar berbaloi bawah RM400.

{snap}

1. PerySmith Cordless Vacuum Cleaner Kaden Series Pro K2 Max

perysmith vaacum

Pertama sekali, PerySmith merupakan jenama yang boleh dikatakan popular di Malaysia.

Kuasa sedutannya adalah sehingga 19kPa, motor berkelajuan 76000rpm dengan berat 1.7kg. Ia juga mempunyai penapis pelbagai lapis dan juga ada penapis HEPA micron 0.25 untuk tapis partikel kecil.

Untuk masa penggunaan, ia dikatakan dapat bertahan dengan penggunaan tanpa henti sehingga 45 minit.

Beli di Shopee

{snap}

2. Corvan Cordless Vacuum Wireless K6s

corvan vaacum

Vakum ini dipasarkan sebagai ringan dan mudah digunakan yang mana beratnya 1.2kg sahaja.

Terdapat dua mod sedutan, normal dan turbo untuk penggunaan mengikut situasi. Malah, ia juga ada lampu LED untuk memberikan pencahayaan di bawah katil atau sofa misalnya.

Dari segi bateri, ia dikatakan dapat bertahan selama 30-40 minit dengan masa pengecasan penuh 3 hingga 4 jam.

Tambahan lagi, ia hadir dengan penapis HEPA 3-peringkat yang juga boleh dibasuh.

Beli di Shopee

{snap}

3. Midea Cordless Vacuum CleanerMVC-15P

midea cordless vaacumMidea Cordless Vacuum Cleaner ini didatangkan dengan saiz yang kecil dan mampu menyedut habuk secara teliti kerana boleh dikawal sehingga 90 darjah.

Bukan itu sahaja, vakum ini boleh ditanggalkan dengan tujuan membuat kerja pembersihan menggunakan tangan seperti celahan tilam, sofa, di bahagian aksesori rumah serta ia mampu bertahan selama 20 hingga 3o minit.

Beli di Shopee

{snap}

4. Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10

hericaine cordless vacuum

Seterusnya, tidak lupa juga kepada Hericaine Cordless Vacuum Cleaner H10 yang mempunyai kuasa sedutan sehingga 19000pa untuk membersihkan segala kotoran yang terkumpul.

Menariknya, ciri yang dihiasi oleh jenama Hericaine ini adalah lampu LED yang bertujuan untuk memudahkan pengguna lihat di kawasan kurang cahaya.

Bukan itu sahaja, vakum ini juga didatangkan penapis HEPA dan baterinya boleh bertahan sehingga 40 minit.

Beli di Shopee

{snap}

5. Deerma VC01 Max 2 in 1 Vacuum & Mop

deerma cordless vacuumAkhir sekali, jenama Deerma ini mengaplikasikan idea vakum yang dilengkapi dengan mop yang mampu bertahan sehingga 90 minit.

Ia boleh meningkatkan kuasa sedutan sehingga 60% lebih banyak daripada model yang lain. Sementara beratnya adalah 1.6kg.

Manakala untuk mopnya pula, boleh diisi air cucian sebanyak 200ml. Hal ini bertujuan untuk membersihkan sisa sedutan bagi memerangkap kotoran dengan lebih efektif.

Beli di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 5 'Sound Bar' Pada Harga Bawah RM500
  • 5 Telefon 5G Bawah RM1000 Buat Masa Sekarang

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY