Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 ‘Sound Bar’ Pada Harga Bawah RM500

Posted on April 4, 2024

Sound bar merupakan peranti audio yang kebiasaannya digandingkan bersama televisyen (TV). Tujuannya adalah untuk memberikan pengalaman audio lebih baik sekiranya output audio daripada TV kurang memuaskan.

Peranti ini memang ada mencecah ribuan ringgit. Namun, jangan risau, jika anda mahukan yang lebih mampu milik dan kualitinya masih lagi baik, ini 5 sound bar bawah RM500.

{snap}

1. Redmi 30W Sound Bar Wireless Bluetooth 5.0 Home Theater

Sound bar ini dibina dengan kuasa 30W dan dikatakan boleh memberikan pengalaman audio ala-ala di pawagam.

Saiz sound bar ini hanya 1.5kg yang dipasang pada dinding atau letak di atas meja.

Hanya perlukan wayar kabel AUX/coaxial atau bluetooth v5.o untuk disambungkan kepada peranti.

Beli di Shopee

{snap}

2. SonicGear BT3500 Soundbar

Sonic Gear BT3500 Sound Bar mempunyai kelainan dari yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana mempunyai skrin LED dan juga boleh mencari frekuensi radio menggunakan sound bar.

Terdapat empat cara sambungan iaitu input Auxillary, RCA, USB dan Bluetooth yang hanya mampu tersambung sejauh 10 meter saja.

Sound bar ini seberat 1.7kg manakala berat subwoofer, 2.46kg. Alat kawalan jauh juga disediakan untuk dibeli kepada pengguna.

Ruang yang lebih besar diperlukan bagi meletakkan Sonic Gear ini bagi keselesaan pengguna.

Beli di Shopee

{snap}

3. Vinnfier Hyberbar 303M

Rekaan yang dibawa Vinnfier berbentuk ultra-kompak yang sangat terhad untuk diletakkan di dinding atau meja.

Ia juga mempunyai kemampuan untuk dijadikan sebagai peranti karaoke, mempunyai kesan bunyi 3D dan juga sesuai diletakkan di ruang tamu.

Setiap pembeli akan mendapat set mikrofon dan subwoofer output power 60w.

Tidak lupa juga untuk sambungan, ada bluetooth 5.0, input AUX dan coaxial.

Beli di Shopee

{snap}

4. Xiaomi Mi Soundbar

Xiaomi Mi Soundbar direka untuk televisyen dan ia boleh dipasang di dinding atau diletak atas meja.

Selain itu, ia mempunyai 8 unit audio untuk memberikan kualiti audio lebih sedap apabila sedang menikmati kandungan hiburan.

Turut ada sambungan bluetooth atau plug AUX yang juga boleh diakses pada komputer, televisyen dan telefon pintar.

Beli di Shopee

{snap}

5. Sony HT-S100F

Sony HT-S100F merupakan sound bar yang paling terbaik buat setakat ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih mod audio sama ada ingin audio berunsurkan cinema, standard, night, muzik dan vokal.

Sound bar dengan 2 saluran ini mempunyai sambungan HDMI ARC yang mudahkan untuk memberikan output audio daripada TV.

Beli di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress