Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ibu Bapa Perlu Menjadi Contoh Kepada Anak-Anak Dalam Penggunaan Gajet

5 Tips Mengurangkan Kesan Penggunaan Alatan Digital Pada Kesihatan

Diterbitkan Januari 31, 2021 · Dikemas kini Januari 31, 2021 oleh ariff bukhari

Di era kecanggihan teknologi ketika ini menyebabkan penggunaan peralatan digital yang tidak henti oleh pengguna.

Boleh dikatakan hampir setiap masa, sebahagian besar dari kita akan merasa sunyi jika tidak melihat telefon pintar bagi melakukan pelbagai perkara seperti mendapatkan maklumat, mengemas kini status di pelbagai platfom media sosial, menonton video dan sebagainya.

Perkara ini tidak hanya terhad berlaku pada tahap umur tertentu, sebaliknya berlaku pada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa.

Pengunaan alatan digital yang berlebihan akan boleh memberikan tekanan kepada kesihatan khususnya terhadap mata sehingga boleh menyebabkan berlakunya isu kesihatan yang dikenali sebagai ‘Digital Eye Syndrome (DES)’.

Antara tanda- tanda utama anda menghidapi DES termasuklah penglihatan menjadi kabur, ketegangan/keletihan mata, mata menjadi kering atau merah dan sakit kepala.

Kesan DES kepada orang dewasa mungkin tidak seberapa. Tetapi terhadap kanak-kanak dan remaja, ia adalah membimbangkan.

Selain berisiko mengalami tanda-tanda DES, kanak-kanak juga lebih mudah mendapat rabun jauh. Ini kerana penggunaan alatan digital melibatkan aktiviti penglihatan jarak dekat yang mengurangkan aktiviti luaran.

Kedua-dua faktor ini adalah penyumbang utama pada peningkatan tahap rabun jauh pada kanak-kanak.

Tidak hanya pada mata, anggota badan lain juga turut terkesan dengan penggunaan berlebihan telefon pintar. Khususnya terhadap pensarafan otot dan leher/ tengkuk kanak-kanak.

Melihat peranti pintar memberikan penambahan bebanan pada tengkuk yang disebabkan oleh postur dan posisi kepala semasa anak anda menggunakan gajet.

tips kesihatan

Akibatnya, anak anda akan kerap mengadu ketegangan leher atau kesakitan leher. Kesakitan itu berkait rapat dengan penggunaan gajet yang lebih dari 30 minit pada setiap penggunaan gajet.

Malah ia boleh menyebabkan anak anda berjalan pada  postur leher dan kedudukan kepala yang tidak normal.

Lebih teruk lagi, penggunaan alatan digital dan internet yang keterlaluan akan menyebabkan gangguan terhadap hormon dalam badan, masa tidur yang tidak mencukupi serta keletihan kepada anak-anak.

Mereka akan mudah mengalami keletihan sekaligus tidak dapat fokus pada pembelajaran.

Jadi di sini dikongsikan 5 tips bagi mengurangkan kesan penggunaan alatan digital pada kesihatan:

  1. Mengamalkan disiplin 20-20-20 – Pastikan penggunaan gajet tidak berterusan lebih dari 20 minit pada setiap kali penggunaan gajet. Setiap 20 minit berehatlah seketika 20 saat dengan melihat sejauh 20 kaki.
  2. Kelipkan mata – Kerap mengelipkan mata semasa meggunakan alatan digital bagi mengelakkan mata anda kering.
  3. Jarakkan peranti – Pastikan jarak penglihatan dengan alatan digital tidak kurang dari 18 inci untuk kanak-kanak.
  4. Lakukan pemeriksaan kesihatan – Pastikan tahap penglihatan kanak- kanak diperiksa supaya rabun dapat dikesan awal.
  5. Aplikasi – Menggunakan aplikasi mudah alih untuk panduan pengurusan sudut leher dan posisi kepala supaya tiada beban tambahan pada leher dan tengkuk dapat membantu anda.
Screenshot 2021-01-31 at 08.34.33
.
Screenshot 2021-01-31 at 08.33.51
Antara contoh aplikasi kesihatan yang dapat memberi panduan memperbetulkan postur badan anda

Jadi, sebagai ibu bapa  adalah penting dalam mewujudkan persekitaran keluarga yang sihat dengan menghadkan masa penggunaan peranti pintar dan internet ke atas diri sendiri sebelum menyekatnya terhadap anak-anak.

Sumber: Cybersecurity

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY