5 Sebab Kenapa iPhone Lebih Mahal Berbanding Telefon Android

Secara amnya, kita tahu dan sedar bahawa iPhone dijual pada tanda harga jauh lebih mahal berbanding peranti Android. Sudah tentu ada dikalangan pembaca tertanya-tanya akan kenapa iPhone dijual pada harga yang lebih premium berbanding biasa.

Jadi mari kita lihat akan faktor-faktor yang menyumbang kepada harga premium peranti iPhone ini.

{snap}

Prestasi iPhone Kekal Pantas Untuk Masa Yang Lama




Cip daripada Apple direka khas untuk iPhone dan secara tidak langsung ia dapat memberikan prestasi yang cekap, lancar dan tiada gangguan.

Walaupun cip A16 Bionic adalah yang terbaru, tetapi prestasi yang diberikan cip-cip generasi terdahulu masih lagi dan kekal relevan ketika ini, dan untuk tahun-tahun mendatang.

Berbanding iPhone, peranti Android bergantung kepada pengilang pihak ketiga untuk menghasilkan cip pemprosesan mereka.

iPhone menggunakan komponen yang berkualiti tinggi dan mahal, itu membuatkan lebih pantas dan mampu beroperasi untuk jangka masa yang lama walaupun untuk model terdahulu.

{snap}

Terjaga Rapi Daripada Digodam Dan Malware




Walaupun majoriti pengguna telefon menggunakan Android, tetapi iPhone mempunyai penjagaan dan keselamatan perisian yang lebih baik.

Tidak seperti Apple, jenama-jenama yang lain tidak ada kawalan terhadap perisian Android melainkan UI mereka sendiri. Apple pula mampu memberikan kemas kini perisian iOS mereka bertahun-tahun lamanya untuk mengekalkan keselamatan.

Secara ringkas Apple tidaklah kebal terhadap ancaman dan juga serangan siber, tetapi ia menawarkan tahap keselamatan yang lebih baik berbanding telefon Android.

{snap}

Kualiti Gambar Dan Video Dalam kelasnya Tersendiri




Walaupun ketika ini, Apple bukanlah raja kamera dalam carta DxOMark tetapi Apple masih lagi sebuah peranti yang memberikan kualiti kamera yang tidak boleh disangkalkan kehebatannya.

Jika pembaca mahukan hasil gambar profesional, iPhone sudah semestinya pilihan yang terbaik. Mengikut sumber, siri Apple yang terbaru adalah pilihan utama pencipta kandungan (content creators) berbanding kamera DSLR.

Selain itu, iPhone menawarkan pengalaman menggunakan kamera yang lancar, cekap dan tanpa sebarang isu berbanding peranti Android.

{snap}

iOS Itu Sendiri




Secara ringkas, iOS adalah sebuah sistem operasi yang direka untuk mudah digunakan walaupun pengguna bukan seorang yang peka dengan teknologi.

Antara muka penggunanya adalah secara terus dan jelas untuk pengguna dan juga ringkas sahaja. Saya boleh katakan iOS adalah sebuah OS yang berasaskan - less is more.

Tambahan lagi, iOS juga sangat cekap, lancar dan stabil jika pengguna mahu mainkan game mudah alih. Hal ini demikian kerana perisiannya yang cekap dan aplikasi yang telah dioptimumkan oleh pembangun di Apple sana.

{snap}

Nilai Nama Apple




Ini adalah salah satu sebab utama kenapa Apple sangat dikagumi dan ditunggu-tunggu oleh penduduk dunia.

Untuk pengetahuan pembaca, Apple inginkan produk iPhone itu sendiri untuk menjadi sebuah jenama daripada berhenti setakat sebuah telefon sahaja.

Menariknya lagi, iPhone sangat mudah untuk digunakan bersama setiap peranti Apple seperti siri MacBook, Apple Watch, iPad dan lain-lain.