Nokia pada suatu ketika dahulu merupakan jenama yang memegang majoriti pasaran peranti mudah alih selama beberapa tahun. Peranti Nokia ini terkenal dengan kapasiti dan tahap ketahanan bateri yang tinggi. Jadi, saya akan ceritakan serba sedikit tentang 5 punca kejatuhan Nokia yang perlu anda ketahui.
Cabaran Terhadap Evolusi Telefon Pintar
Disebabkan penentangan Nokia sendiri terhadap evolusi telefon pintar, akhirnya tindakan tersebut memakan diri sehingga menyebabkan pasaran Nokia jatuh merudum. Ketika pesaing-pesaingnya giat menjalankan inovasi terhadap peranti mudah alih mereka, Nokia tetap berkeras dengan pendiriannya.
Pengurusan Nokia masih dengan mentaliti kolot mereka yang menganggap pengguna tidak akan menerima telefon skrin sentuh dan akan terus menggunakan telefon yang mempunyai papan kekunci. Nokia juga tidak mahu menggunakan Android kerana menganggap Android bukan satu kemajuan.
Selepas menyedari pasaran peranti mudah alih tidak lagi tertumpu kepada mereka, Nokia mula memperkenalkan sistem pengendalian Symbian yang digunakan dalam peranti pintarnya.
Sistem tersebut banyak memberi masalah kepada peranti mereka seperti masalah kebolehgunaan, kekurangan sokongan aplikasi serta kebanyakkan ekosistem yang terdapat pada Android dan iOS tidak terdapat pada Symbian. Nokia lambat beralih kepada peranti skrin sentuh. Perkara tersebut menyebabkan hilang bahagian pasaran kepada pesaing iaitu Apple dan peranti lain yang menggunakan Android.
Perjanjian Dengan Microsoft
Perjanjian pada masa yang tidak sesuai dengan pihak Microsoft juga menjadi faktor kegagalan Nokia. Pada masa tersebut, Nokia menjalinkan kerjasama dengan Microsoft. Pada masa tersebut syarikat Microsoft mempunyai struktur kewangan yang terumbang-ambing.
Nokia ingin turut serta beralih kepada peranti skrin sentuh, namun segala-galanya telah terlambat buat Nokia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik dan ketat dalam pasaran. Pengambilalihan Microsoft terhadap Nokia merupakan satu kesilapan. Hasilnya, kedua-dua belah pihak mengalami kerugian yang besar.
Usaha sama tersebut mengehadkan keupayaan Nokia untuk berkembang maju sekaligus menyebabkan mereka perlu bergantung kepada Microsoft untuk menaikkan balik nama mereka dalam pasaran peranti mudah alih.
Strategi Pemasaran Nokia Gagal

Strategi pemasaran memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan dan persepsi jenama. Dalam kes Nokia, kejatuhannya boleh dikaitkan dengan strategi pemasaran yang gagal oleh mereka. Perkara tersebut telah menghalang keupayaan mereka untuk bersaing dalam pasaran telefon mudah alih.
Satu kesilapan dalam strategi pemasaran ialah pelaksanaan “Umbrella Branding” yang tidak berjaya. Syarikat Apple dan Samsung berjaya menggunakan “Umbrella Branding” dengan produk terunggul mereka seperti iPhone dan Samsung Galaxy.
Selain itu, Nokia turut bergelut untuk mengekalkan kepercayaan pengguna terhadap produk mereka. Kaedah penjualan dan pengedaran yang tidak cekap juga menyebabkan keyakinan pengguna terhadap produk mereka berkurang.
Walaupun Nokia cuba mendapatkan semula momentum dengan memperkenalkan inovasi pada perkakasan dan perisian, namun ia tetap tidak membuahkan hasil kerana inovasi tersebut tidak mempunyai sebarang keunikan yang membezakannya dengan pesaing. Perkara tersebut sekaligus menyebabkan pengguna kurang tertarik dengan produk mereka.
Lambat Berkembang Dalam Industri
Nokia gagal berkembang seiring dengan perubahan teknologi dan trend. Walaupun syarikat telah mempunyai nama dan reputasi yang baik sebelum ini, namun mereka tidak mengutamakan inovasi dari perisian dan sistem yang menyebabkan pasaran mereka jatuh merudum.
Pada awalnya, Nokia berhati-hati untuk menerima kemajuan teknologi untuk mengurangkan risiko. Akibat terlalu berhati-hati, keupayaan syarikat terhalang untuk berkembang pesat. Nokia ingin melakukan anjakan paradigma, namun mereka agak lambat untuk melakukannya menyebabkan pasaran peranti mudah alih dapat dipintas oleh pesaingnya.
Terlebih Yakin Dengan Kemampuan Mereka
Nokia terlalu yakin dengan nilai jenamanya. Syarikat itu percaya orang ramai akan tetap akan berpusu-pusu membeli peranti dari Nokia walaupun syarikat itu lewat mengeluarkan peranti pintarnya.
Ternyata mereka silap kerana tumpuan pengguna telah beralih kepada jenama lain. Orang ramai juga meramal sekiranya Nokia menggunakan perisian lebih baik, maka mereka akan kekal menjadi peneraju dalam pasaran ini.
Perisian mereka dikenali sebagai perisian yang mempunyai beberapa pepijat dan clunks. Malangnya, dinamik dalam pasaran telah berubah. Pengguna telah menyedari kelemahan yang terdapat dalam perisian Nokia.
Pesaingnya telah mengatasi Nokia dari segi pengalaman pengguna dan inovasi perisian. Perkara tersebut menyebabkan Nokia bergelut untuk merampas semula kedudukannya dalam pasaran.
Natijahnya, punca utaman kegagalan Nokia adalah disebabkan syarikat mereka sendiri yang tidak mahu berkembang maju. Mereka juga suka duduk dalam zon yang selesa menyebabkan mereka menjadi kejutan budaya apabila ingin menceburi bidang peranti pintar. Bak kata pepatah, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.
{suggest}
Sumber: Startuptalky