5 Persamaan Antara Zoro/Sanji Dan Bartolomeo/Cavendish

Straw Hat Grand Fleet atau terjemahannya sebagai Armada Topi Jerami mula muncul pada manga pada bab 800 dan anime pada episod ke 745.

Ia ditubuhkan sebagai sumpah taat setia kepada Luffy dan kru Topi Jerami yang lain dalam mengharungi cabaran didunia One Piece.

Antara ahli utama dalam Armada Topi Jerami adalah Cavendish dan Bartolomeo. Mungkin ada diantara anda yang perasan (kebanyakkannya tidak), terdapat sedikit persamaan antara Zoro/Sanji dan Bartolomeo/Cavendish. Jom lihat apa yang sama.

1. Suka bersaing antara satu sama lain.

Zoro & Sanji dan Bartolomeo & Cavendish mempunyai hubungan yang hampir serupa iaitu suka bersaing antara satu sama lain. Ada saja benda yang nak digaduhkan.

2. Warna rambut

Zoro dan Bartolomeo mempunyai warna rambut yang berwarna hijau. Manakala Sanji dan Cavendish memiliki rambut yang berwarna blonde (keemasan).

3. Keupayaan Zoro dan Bartolomeo

Zoro menewaskan Mr. 1 (besi)

Zoro boleh membelah apa sahaja, manakala Bartolomeo boleh menghalang apa sahaja.

Bartolomeo boleh halang apa sahaja dengan Bari-Bari No Mi

 

4. Sanji dan Cavendish dengan perempuan
Sanji sukakan perempuan manakala Cavendish disukai oleh ramai perempuan.

5. Tak ambil peduli tentang arah.

Zoro tak mahir tentang arah. Bartolomeo tak memiliki seorang pemandu arah.

6. Bonus: Latarbelakang

Zoro dan Bartolomeo mempunyai latarbelakang seorang pemberontak (Samurai dan Geng) manakala Sanji dan Cavendish memiliki latarbelakang golongan diraja (Putera Raja).

Sumber: One Piece Center via Budak Getah

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408