5 'Mobile Games' Menarik Yang Bakal Hadir Dan Patut Anda Cuba

Mobile games adalah antara segmen yang mempunyai paling ramai pemain. Hal ini demikian kerana mobile games hanya menggunakan telefon pintar dan mudah untuk dimiliki.

Dek kerana potensi besar yang dilihat pada segmen ini, sudah begitu banyak pembangun permainan video membawa game mereka ke platform ini.

Oleh itu, ini merupakan 5 mobile games yang bakal hadir dan patut anda cuba serta dipradaftar.

{snap}

Call of Duty: Warzone Mobile




Call of Duty: Warzone Mobile merupakan sebuah mobile game yang "diadaptasi" daripada permainan video Call of Duty: Warzone.

Warzone yang asal menawarkan gaya permainan yang penuh dengan aksi, pertarungan sengit yang memerlukan kemahiran dan 'pelaburan' masa yang lama untuk menjadi profesional dalam permainan tersebut.

Oleh sebab itu, ramai orang ternanti-nantikan kejutan menarik yang akan dibawa Activision melalui versi mudah alih ini.

Pradaftar di sini

{snap}

Battlefield Mobile




Battlefield adalah salah satu francais permainan video yang padat dengan aksi pertarungan FPS dan memerlukan kemahiran taktikal yang tinggi antara pasukan pemain.

Sekarang ini, pemain dan pengguna mobile dapat merasai pengalaman tersebut dalam bentuk gaya permainan kompak.

Jadi, Battlefield adalah salah satu permainan video yang patut pembaca pradaftar dan merasai sendiri pengalaman yang ditawarkan.

Cumanya, ia belum disahkan lagi bilakah permainan tersebut bakal ditawarkan kepada peminat.

Pradaftar di sini

{snap}

Rainbow Six Mobile




Rainbow Six Mobile diadaptasi daripada permainan video Rainbow Six Siege yang sangat terkenal dalam kalangan pemain PC.

Rainbow Six Mobile menawarkan pertarungan 5v5 yang penuh dengan taktikal dan penggunaan kemahiran yang efisien daripada operator pemain.

Pradaftar di sini

{snap}

The Division Resurgence



The Division Resurgence adalah sebuah permainan video RPG FPS di dunia terbuka yang sangat luas. Pemain perlu berusaha untuk hidup dalam keadaan dunia yang telah ditimpa pandemik global


The Division Resurgence menawarkan kempen yang diinspirasikan Tom Clancy’s The Division 1 dan Tom Clancy’s The Division 2.

Oleh itu, kita boleh menjangkakan gaya permainan yang menarik dan hebat untuk platform mudah alih.

Pradaftar di sini

{snap}

Sword Art Online Variant Showdown




Sword Art Online VS adalah sebuah mobile game sempena sambutan ulang tahun anime SAO yang ke 10 tahun.

Ia membolehkan pemain untuk mengawal karakter seperti Kirito dan gaya permainan yang lebih fleksibel dan menarik.

Selain itu, setiap karakter mempunyai kemahiran yang berbeza dan teknik istimewa mereka sendiri. Pemain juga boleh 'switch' antara offense dan defense dalam mengalahkan boss - sama seperti dalam anime SAO.

Jadi, Sword Art Online VS adalah sebuah permainan video yang patut kita pradaftar dan menjadi yang pertama memainkannya.

Pradaftar di sini