Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 ‘Laptop Gaming’ Terbaik Buat Masa Sekarang

Posted on November 3, 2023November 3, 2023

Komputer riba telah menjadi keperluan utama terutamanya bagi mereka yang ingin menyambung ke pengajian tinggi ataupun mereka yang bekerja di pejabat.

Namun, dalam artikel ini, saya ingin menceritakan serba sedikit tentang laptop yang sesuai untuk bermain. Secara dasarnya, laptop gaming mempunyai persamaan dengan laptop kerja atau laptop biasa.

Akan tetapi, yang membezakannya adalah dari segi CPU, GPU, kadar segar semula, RAM, ketahanan bateri serta kadar pengecasan pantas.

Jadi, berikut adalah 5 komputer riba yang sesuai untuk kegunaan gaming.

{snap}

HP Victus 16 R0029TX BLUE

Model ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070. 

Selain itu, ia mempunyai memori RAM sebesar 16 GB DDR5-4800 MHz dan storan 512 GB PCIe Gen4 NVMe M.2 SSD.

Bateri yang digunakan adalah 70 Wh dengan kadar ketahanannya selama 7 jam. Turut menyokong pengecasan 230W.

Skrin yang digunakan adalah FHD (1920 x 1080) dengan kadar segar semula 144Hz. Waranti yang diberikan adalah selama 2 tahun.

Semak harga

{snap}

Asus ROG Zephyrus G16 GU603V-VN4018W

Laptop ini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i9-13900H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Selain itu, memori RAM sebesar 16GB DDR4 dan boleh mencapai kapasiti maksimum sehingga 48GB. Storan pula adalah sebesar 1TB PCIe 4.0 NVMe M.2 SSD.

Bateri berkapasiti 90WHrs dan menyokong pengecasan 240W. 

Skrin yang digunakan adalah ROG Nebula Display, QHD+ (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 240Hz. Waranti yang diberikan adalah selama 2 tahun.

Semak harga

{snap}

MSI Raider GE78HX 13VH-445MY

Model ini menggunakan cip pemprosesan Intel Core i9-13980HX dan GPU Nvidia GeForce RTX 4080.

Selain itu, memori RAM sebesar 16GB DDR5-5600 dan storan 512GB M.2 PCIe SSD. 

Bateri adalah sebesar 99.9 WHr dengan kelajuan mengecas 330W.

Skrin yang digunakan pula 17″ beresolusi 2560 x 1600 dengan kadar segar semula 240Hz. Waranti yang diberikan adalah selama 2 tahun.

Semak harga

{snap}

Dell Alienware x16

Laptop ini dikuasakan cip pemprosesan Intel Core i7-13700H dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4060.

Selain itu, memori RAM sebesar 16GB LPDDR5 dan kadar storan 1TB M.2 PCIe NVMe SSD. 

Bateri yang digunakan adalah sebesar 90 Wh dan menyokong pengecasan 240W.

Skrin pula beresolusi QHD+ (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 165Hz. Waranti yang ditawarkan adalah selama 2 tahun.

Semak harga

{snap}

Acer Nitro 5 AMD Ryzen 5 7000 series AN515-47-R02X

Model ini menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 7535HS hexa-core dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3050.

Selain itu, memori RAM sebesar 8 GB DDR5 dan storan dalaman 512GB Gen4 PCIe NVMe SSD.

Bateri berkapasiti 57.5 Wh dengan ketahanan bateri selama 1o jam.

Skrin yang digunakan adalah FHD bersaiz 15.6″ dengan kadar segar semula 144Hz. Waranti yang diberikan adalah selama 2 tahun.

Semak harga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress