Komputer riba kini merupakan peranti yang diperlukan oleh masyarakat masa kini khususnya kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi dan mereka yang bekerja di pejabat.
Namun bukan semua mampu membeli jika harganya atas daripada RM3000 disebabkan oleh kekangan kewangan dan komitmen lain yang perlu diutamakan.
Jadi, di sini saya ingin kongsikan kepada anda semua senarai komputer riba terbaik bawah RM3oo0.
*Harga adalah semasa artikel ini ditulis
{snap}
HONOR MagicBook X 15
Dikuasakan cip Intel Core i5-1135G7, GPU Intel Iris Xe Graphics dan menjalankan Windows 11 Home 64bit.
Memori RAM 8GB DDR4 2666MHz dengan storan 512GB NVMe SSD. Skrin yang digunakan 15.6″, beresolusi 1920 x 1080.
Bateri berkepasiti 42Wh dengan pengecasan 65W. Sementara waranti diberikan selama 1 tahun.
{snap}
MSI Modern 15 B7M-248MY
Komputer riba ini hadir dengan cip AMD Ryzen 5 7530U, GPU AMD Radeon dan sistem operasi Windows 11 Home.
Memori RAM 16GB DDR4 3200MHz dan storan dalaman 512GB NVMe PCIe Gen3x4 SSD.
Saiz skrin adalah 15.6″ FHD (1920 x 1080) dengan kadar segar semula 60Hz.
Bateri adalah sebesar 39.3Whr dengan pengecasan 65W. Waranti pula adalah selama 2 tahun.
{snap}
Acer Aspire Vero 15
Dikuasakan oleh cip Intel Core i5-1155G7, GPU Intel Iris Xe Graphics dan menjalankan Windows 11 Home.
Turut dilengkapi RAM 8 GB DDR4, storan 512GB dan skrin sebesar 15.6″ beresolusi 1920×1080.
Ia menyokong pengecasan pantas 65 W dengan ketahanan selama 7 jam. Sementara waranti diberikan selama 2 tahun.
{snap}
Lenovo Ideapad Slim 5
Dikuasakan oleh cip Intel Core i5-12450H dengan GPU Integrated Intel UHD Graphics dan menjalankan Windows 11 Home.
Memori RAM 16GB Soldered LPDDR5-4800 dan storan 512GB SSD M.2 2242 PCIe 4.0×4 NVMe. Jenis skrin 15.6 inches FHD 1920 x 1080 dengan kadar segar semula 60Hz.
Dengan ketahanan bateri selama 12 jam, ia menyokong pengecasan 65W. Waranti pula diberikan selama 2 tahun.
{snap}
MSI Modern 14 B10MW-664MY
Komputer riba ini dikuasakan cip Intel Core i5-10210U dengan GPU Intel UHD Graphics dan memori 8GB DDR4 3200MHz.
Storan dalaman adalah 512GB M.2 PCIe NVMe SSD dan ia hadir dengan skrin 14″ FHD serta kadar segar semula 60Hz.
Turut mempunyai bateri berkapasiti 52.4Wh dan menjalankan sistem operasi Windows 10 Pro.
Waranti diberikan adalah selama 1 tahun.