5 Gimbal Terbaik Bagi Telefon Pintar 2019

Telefon pintar pada masa kini sudah menjadi semakin baik dalam menstabilkan video dengan adanya Optical Image Stabilization dan Electronic Image Stabilization. Namun ia masih tidak dapat mengalahkan kecekapan dan kawalan gimbal.

Apabila anda memegang peranti sambil merakam video, pasti adanya pergerakan, gegaran dan sebagainya. Kegunaan gimbal sangat penting untuk membantu mengurangkan masalah tersebut dan menjadikan rakaman video anda lebih sempurna.

Bagi anda yang mencari penstabil gimbal, disini kami sediakan beberapa gimbal terbaik untuk telefon pintar anda.

1. DJI Osmo Mobile 3


 



Dengan gimbal 3-paksi yang berkesan mengurangkan gegaran rakaman, Osmo Mobile 3 menyampaikan imej yang sangat lancar dan stabil. Rekabentuk yang ringan dan ultra-responsive bertindak balas dengan pergerakan "real-time" dan membolehkan anda lebih fokus.

Osmo Mobile 3 mempunyai berat 405 gram dan rekaan yang boleh dilipat ini memudahkan anda untuk bawa kemana sahaja. Mod standby membolehkan telefon pintar digunakan apabila gimbalnya dilipat dan anda boleh memulakan rakaman semula dalam masa yang singkat. Gimbal ini juga mempunyai grip yang lebih ergonomik dan membolehkan anda memegang gimbal dalam masa yang lama dengan lebih selesa.

Osmo Mobile 3 dijual di DJI Store Lazada pada harga RM 429.

2. Zhiyun Smooth Q2


 


Melalui Smooth Q2, Zhiyun telah meningkatkan kekuatan dan ketahanan motor gimbal. Ini bermakna Q2 mempunyai muatan maksimum sebanyak 260 gram berbanding Smooth Q (200 gram) dan Smooth 4 (210 gram). Binaannya diperbuat daripada logam aluminium dan sedikit berat berbanding Osmo Mobile 3 iaitu 450 gram.

Mengikut data makmal, Q2 mampu bertahan sehingga 17 jam dengan bateri yang boleh dicas semula. Di samping itu, Q2 mempunyai port mikro USB yang membolehkan ia berfungsi dengan powerbank.

Zhiyun Smooth Q2 boleh didapati dengan harga RM 525 di sini.

3. Feiyu VLOG Pocket




VLOG Pocket direka untuk merakam Vlog, dan merupakan gimbal boleh lipat paling ringan di pasaran. Dengan reka bentuk lipatan berbentuk sayap helang menjadikannya kecil dan mudah alih. Berbanding dengan gimbal biasa, mod rakaman dengan mudah boleh ditukar antara potret dan landskap tanpa perlu diimbangi.

Ia menyokong kamera terbina dalam telefon pintar, pengesanan objek pintar dan kapasiti muatan 240 gram.

Feiyu VLOG Pocket dijual dengan harga RM 248.

4. Zhiyun Crane M2




Zhiyun Crane M2 mempunyai muatan maksimum 700 gram, iaitu sekitar dua kali ganda dari gimbal yang disenaraikan. Crane M2 sedikit berat berbanding senarai gimbal lain iaitu 500 gram dan mempunyai jangka hayat bateri yang lebih rendah iaitu hanya mampu bertahan sekitar 7 jam sahaja.

Menariknya, gimbal ini boleh diguna pada pelbagai peranti seperti telefon pintar, kamera aksi, kamera mirrorless dan sebagainya. Ia sangat sesuai bagi anda yang mahukan kuasa tambahan seperti lensa tambahan, lampu dan sebagainya.

Zhiyun Crane M2 dijual pada harga RM 849.

5. Snoppa ATOM




Snoppa Atom merupakan gimbal telefon pintar 3-paksi ultra-mudah alih dengan rekaan penampilan yang boleh dilipat. Peranti kecil ini boleh dilipat kepada separuh saiznya. Dengan berat 440 gram, Atom menyokong lensa HD dan mikrofon. Ia mempunyai kapasiti muatan sehingga 310 gram dan mampu bertahan sehingga 24 jam dengan kapasiti bateri 2000 mAh.

Atom dilengkapi dengan pengecasan berwayar dan pengecasan tanpa wayar, yang membolehkan anda merakam tanpa perlu bimbang tentang kehabisan bateri. Ia dengan mudah boleh mengecas telefon anda dengan pengecasan tanpa wayar, atau mula mengecas ketika merakam.

Dapatkan Snoppa Atom dengan harga RM 375 di sini. 

Sumber: Mobile Motion

Berkaitan