Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
For Featured Image-5

45% Bandar Utama Di China Makin Tenggelam Pada Kadar Pantas, Jakarta Sudah Di Bawah Paras Laut

Diterbitkan April 19, 2024 oleh ariff bukhari

Hasil kajian data satelit seluruh negara yang terbitkan oleh jurnal ‘Science‘ hari ini mendapati, 45% daripada tanah bandar China tenggelam lebih cepat daripada 3 milimeter setahun, dengan 16% pada lebih daripada 10 mm setahun.

Menurut kajian itu, keadaan ini bukan sahaja didorong oleh peningkatan paras air laut  tetapi juga berat akibat pembinaan berlebihan persekitaran di sesuatu kawasan.

Ketua pasukan penyelidik itu bernama Ao Zurui daripada Universiti South China Normal berkata, penduduk bandar di China sudah melebihi 900 juta orang di mana sebahagian kecil tanah yang tenggelam di negara itu boleh menjadi ancaman besar kepada kehidupan bandar.

Bandar utara Tianjin, yang dihuni oleh lebih 15 juta orang, dikenal pasti sebagai salah satu bandar yang paling teruk terjejas. Tahun lalu, 3,000 penduduk bandar itu telah dipindahkan selepas “bencana geologi mengejut” yang dipersalahkan oleh penyiasat kerana kekurangan air serta pembinaan telaga geoterma.

Banyak daerah arang batu lama di China juga menderita akibat lombong, dengan pihak berkuasa sering terpaksa membina konkrit ke dalam tanah yang runtuh untuk mengukuhkan tanah.

“Ia adalah masalah perbandaran dan pertumbuhan penduduk – kepadatan penduduk yang lebih besar, lebih banyak air diekstrak, (dan) lebih banyak penenggelaman,” Matt Wei, pakar geofizik di Universiti Rhode Island.

Penyelidik di Pusat Penyelidikan Perubahan Iklim Tyndall di Universiti East Anglia, Robert Nicholls berkata, bandar yang terdedah boleh belajar dari Tokyo, yang tenggelam kira-kira 5 m (16 kaki) sehingga ia mengharamkan pengekstrakan air bawah tanah pada 1970-an.

Isu ini tidak terhad kepada China sahaja. Kajian berasingan yang diterbitkan pada bulan Februari mengatakan sekitar 6.3 juta km persegi (2.4 juta batu persegi) tanah di seluruh dunia turut berisiko.

Antara negara yang paling teruk terjejas ialah Indonesia, dengan sebahagian besar ibu kota Jakarta kini berada di bawah paras laut.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY