Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 5i

4000 Unit Realme 5i Telah Habis Dijual Pada Jualan Yang Pertama

Diterbitkan Januari 21, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Sekitar seminggu yang lepas, realme 5i telah dilancarkan pada pasaran tempatan. Kini realme mengumumkan yang mana sejumlah 4000 unit telefon pintar realme 5i telah habis dijual. Jualan ini berlaku di luar talian pada seluruh negara dan ia berlakuk pada hari pertama penawaran iaitu 18 Januari 2020.

”Ini adalah jualan pembukaan hebat di Malaysia pada tahun 2020. Melihat hasilnya, saya percaya model ini adalah yang dimahukan oleh rakyat Malaysia. Satu lagi perkara yang sangat istimewa untuk kita adalah bagaimana kita sambungkan produk ini dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang melalui hadiah percuma untuk setiap pembelian. Terima kasih kepada semua peminat realme untuk kepercayaan pada jenama kami”. Kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.

4000 Unit Realme 5i Telah Habis Dijual Pada Jualan Yang Pertama

Realme 5i dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 665 dengan memori 4GB/64GB. Saiz bateri yang dimuatkan adalah 5,000mAh melalui pengecasan 10W. Terdapat 12MP bagi kamera utama, 8MP ultralebar, 2MP lensa makro dan juga 2MP depth. Telefon pintar ini juga dihadirkan dengan dua pilihan warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.

Anda boleh dapatkan realme 5i dengan hadiah percuma CNY dengan harga rm 599. Jualan dalam talian bermula 28 Januari 2020 pada pukul 12 pagi di Lazada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY