Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengenalpasti Extension Yang “Memakan” Ram Pada Chrome

4 Ciri Baru Pelayar Google Chrome 85 Yang Amat Ditunggu-Tunggu Pengguna Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Ogos 26, 2020 · Dikemas kini Ogos 26, 2020 oleh ariff bukhari

Google hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru untuk pelayar popular mereka iaitu aplikasi Google Chrome 85.

Antara ciri baru yang diperkenalkan adalah penambahbaikan terhadap ‘tab’ yang dikatakan akan menjadikan Chrome 10% lebih pantas dari versi sebelumnya.

Cuma buat masa ini ciri tersebut masih dalam peringkat pembangunan.

“Our testing consistently shows pages loading up to 10% faster at the median, and even greater speed improvements when your CPU is tasked with running many tabs or programs.” Google

Selain itu, ciri baru yang akan dimuatkan dalam Google Chrome 85 adalah ciri ‘tab groups‘. Ciri tersebut akan membolehkan pengguna mengumpul kesemua tab aktif ke dalam satu folder tab sahaja.

Google menyatakan bahawa ia merupakan antar ciri yang amat dimahukan oleh pengguna Chrome.

“This was the most popular feature request we heard from those of you using tab groups, and as we begin rolling out this functionality, we hope you’ll give it a try.” Google

4 Ciri Baru Pelayar Google Chrome 85 Yang Amat Ditunggu-Tunggu Pengguna Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Satu lagi ciri baru yang akan diperkenalkan pada tab adalah ‘tab preview’ di mana pengguna boleh melihat laman sesawang yang dibuka dengan mengarahkan kursor tetikus pada tab yang tidak aktif.

4 Ciri Baru Pelayar Google Chrome 85 Yang Amat Ditunggu-Tunggu Pengguna Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Satu lagi ciri baru yang pastinya bermanfaat pada pengguna Chrome adalah ciri suntingan dokumen PDF.

Pengguna akan boleh terus mengisikan maklumat dalam dokumen PDF terus dari Chrome dan menyimpannya.

Kesemua ciri baru ini dijangka akan diterima pengguna Chrome dalam beberapa minggu akan datang.

4 Ciri Baru Pelayar Google Chrome 85 Yang Amat Ditunggu-Tunggu Pengguna Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Jadi anda bolehlah mula mengemas kini pelayar Google Chrome anda ke versi 85 sekarang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY