Pada zaman sekarang, kebanyakan masyarakat beralih kepada teknologi untuk mencari maklumat termasuklah berkaitan keagaamaan. Pelbagai cara boleh kita aplikasikan untuk mendekatkan diri dengan Allah, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia, iaitu bulan Ramadan.
Zaman sekarang ini jauh lebih mudah untuk kita membuat amal kebaikan kerana adanya aplikasi untuk telefon pintar. Jadi, di sini kami kongsikan empat aplikasi Islamik yang anda boleh guna sepanjang bulan Ramadan.
1.The Noor
Pada 28 Januari 2021, aplikasi The Noor telah dilancarkan oleh Neelofa atau dikenali sebagai Noor Neelofa Mohd Noor.
Secara umum, aplikasi ini memiliki 3 fungsi yang asas seperti Al-Quran Player, Arah Kiblat dan Jadual Waktu Solat.
Aplikasi islamik ini diberikan nama ‘Noor’ adalah disebabkan oleh membawa maksud cahaya yang menyinari dan membawa rahmat kepada seluruh umat manusia.
Logonya dihiasi dengan huruf jawi dan rumi secara sekali gus.
Kemudahan yang disediakan dalam aplikasi The Noor ini adalah 5 Pilihan Bahasa (Inggeris, Melayu, Indonesia, Tamil & Cina), Al-Quran Player dengan 3 mod, penunjuk arah kiblat & lokasi masjid/surau berdekatan, jadual waktu solat interaktif dan 3 Mod Azan.
Aplikasi ini lebih bersesuaian dengan seseorang yang suka membaca kerana terdapat pelbagai pilihan bacaan zikir.
Muat turun di iOS – https://apps.apple.com/my/app/thenoor-azan-quran-qiblah/id1543140251
Muat turun di Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.thenoor.app&hl=en&gl=US
2.Mukmin Pro
Sebuah aplikasi yang berkonsepkan muslim kontemporari komprehensif baru diperkenalkan pada 1 April 2022.
Aplikasi ini dilancarkan oleh Fazura iaitu pelakon dan usahawan. Warna merah jambu dan putih telah menjadi tema untuk aplikasi ini.
Terdapat pelbagai ciri dan perkhidmatan yang boleh mendatangkan faedah kepada pengguna Mukmin Pro ini.
Salah satu daripadanya adalah waktu solat, azan, penunjuk arah kiblat, navigasi ke lokasi masjid berdekatan, doa harian, audio bacaan zikir dan Al-Quran Digital.
Untuk mereka yang lebih suka mendengar berbanding membaca, aplikasi ini lebih bersesuaian kerana aplikasi ini lebih ke arah playlist zikir berbanding doa-doa zikir yang sedia ada.
Muat turun di iOS – https://apps.apple.com/my/app/mukmin-pro-solat-qiblat-quran/id1605565857
Muat turun di Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mukminprosolution.mukminpro&hl=en&gl=US
3.Qalby
Mizz Nina telah melancarkan aplikasi yang bernama Qalby app pada Disember 2020 yang lepas.
Secara terperinci, Qalby membawa maksud “hati saya atau my heart” dalam bahasa Arab.
Setiap aplikasi itu mempunyai gayanya yang tersendiri, ‘Ignite Your Heart with The Light of Iman‘ merupakan tagline yang menarik dan sumber sahih daripada Al-Quran dan sunnah.
Qalby App ini mempunyai e-journal, waktu solat (solah), arah kiblat (qibla), Azan, bacaan Al-Quran, Koleksi doa (dua), Qalby TV dan lain-lain lagi.
Keistimewaan yang ramai mungkin suka dalam aplikasi ini adalah audio siar (podcast) yang berunsurkan islamik dan ilmiah. Hal ini akan memudahkan lagi pengguna untuk mendengar audio siar yang hanya ada di aplikasi tersebut.
Muat turun di iOS – https://apps.apple.com/my/app/qalbyapp/id1540034753
Muat turun di Android – https://play.google.com/store/apps/details?id=io.Qalby.app&hl=en&gl=US
4.Iman Pro
Aplikasi keempat ini merupakan aplikasi yang hanya tersedia untuk pengguna iOS sahaja.
Secara umum, Iman Pro dibangunkan oleh pembangun tempatan, Muhammad Adiman.
Aplikasi ini merupakan aplikasi yang berbayar RM14.90 dengan sekali bayaran sahaja.
Melalui Iman Pro, pelbagai fungsi yang diperbaharui seperti widget, sokongan Siri Shortcut, tema yang boleh diubahsuai, kemas kini lokasi secara latar belakang dan lain-lain.
Bagi pengguna Apple Watch, aplikasi ini turut tersedia pada jam tangan pintar Apple tersebut.
Muat turun di iOS – https://apps.apple.com/my/app/iman-pro-azan-qibla-quran/id59000491
{suggest}