Kempat-empat aplikasi ini berasal dari China.
Penyelidik keselamatan bernama Andy Michael baru-baru ini telah mendedahkan penemuan perisian hasad iklan yang didapati tersembunyi di dalam 4 aplikasi VPN (Virtual Private Network) yang popular ditawarkan kepada pengguna peranti Android menerusi Google Play Store.
Aplikasi yang dimaksudkan adalah HotSpotVPN oleh HotspotVPN 2019, Free VPN Master oleh Freemaster 2019, Secure VPN oleh SEC VPN dan Security Master oleh Cheetah Mobile (AppLock & AntiVirus).
Setakat ini, jumlah keseluruhan muat turun dari keempat-empat aplikasi tersebut sudah berjumlah lebih daripada 500 juta kali ulang muat turun. Penyelidik juga mendapati, kesemua aplikasi itu dibangunkan oleh firma pembangun yang berpangkalan di China.

Menurut penyelidik, kesemua aplikasi VPN tersebut didapati menagndungi kod perisian hasad iklan yang secara diam-diam mengaut keuntungan menerusi paparan iklan tanpa had sekaligus mendedahkan penggunanya terdedah kepada serangan lain, menyebabkan talian internet perlahan, lambakan spam dan lain-lain.
Jadi, jika anda ada menggunakan 4 aplikasi VPN percuma ini, anda dinasihatkan segera membuangnya dari peranti Android anda segera.
Sumber: VPN Testing
Berkaitan
- Lagi Aplikasi Android Didapati Mengandungi Perisian Hasad "Joker"
- Avast Diserang Menerusi Servis VPN Yang Ditawarkan Mereka
- Aplikasi Ini Didakwa Sebagai Perisian Hasad Dari Rusia Selepas Tular
- Polis Perancis Dan Avast Berjaya Menyekat Serangan Botnet Dan Perisian Hasad Yang Telah Menjangkiti 850,000 Komputer
- Ini Adalah Perisian Terbesar Dan Terberat Pernah Microsoft Hantar Kepada Pelanggannya
- Pengguna Android Berdepan Lagi Serangan Perisian Hasad. Kali Ini Dari Penggodam Iran
- Jenama TV Ke-3 Terbesar Dunia Didakwa Mengandungi Perisian Hasad
- Perisian Hasad Tekya Berselindung Disebalik 24 Aplikasi Permainan Kanak-Kanak Dan 32 Aplikasi Utiliti Android
- Tahun Lalu Google Play Protect Menyekat Lebih Daripada 1.9 Bilion Perisian Hasad Yang Bukan Dari Sumber Google Play
- Mangsa Perisian Hasad Yang Khusus Mencuri Kata Laluan Meningkat Sehingga 60% Pada Tahun 2019