Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kabel dasar laut

3 Syarikat Telekomunikasi Milik China Dilaporkan Sedang Memetakan Projek Kabel Dasar Laut Bernilai RM2.2 Bilion

Diterbitkan April 11, 2023 oleh ariff bukhari

China menerusi firma telekomunikasi milik Kerajaan itu dilaporkan sedang merancang membangunkan rangkaian kabel internet gentian optik dasar laut yang dianggarkan bernilai $500 juta (~ RM2.2 Bilion)  yang akan menghubungkan Asia, Timur Tengah dan Eropah.

Pelan itu didakwa bagi menyaingi projek serupa yang disokong AS, sekaligus petanda bahawa perang teknologi yang semakin sengit antara Beijing dan Washington.

3 syarikat penyedia perkhidmatan utama milik China yang dikhabarkan terlibat dalam projek itu adalah China Telecommunications Corporation (China Telecom), China Mobile Limited dan China United Network Communications Group Co Ltd (China Unicom).

Menurut sumber dari 4 orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang rancangan itu memberitahu Reuters, syarikat-syarikat itu sedang memetakan salah satu rangkaian kabel bawah laut yang paling maju dan meluas di dunia.

Dikenali sebagai EMA (Eropah-Timur Tengah-Asia), kabel yang dicadangkan itu akan menghubungkan Hong Kong ke wilayah pulau Hainan di China, sebelum pergi ke Singapura, Pakistan, Arab Saudi, Mesir dan Perancis, menurut empat orang itu yang dirahsiakan nama mereka.

Kabel dasar laut membawa lebih daripada 95% daripada semua trafik internet antarabangsa ketika ini.

Saluran berkelajuan tinggi ini selama beberapa dekad telah dimiliki oleh kumpulan syarikat telekomunikasi dan teknologi yang mengumpulkan sumber mereka untuk membina rangkaian yang luas ini supaya data boleh bergerak dengan lancar di seluruh dunia.

Tetapi kabel ini, yang terdedah kepada pengintipan dan sabotaj, telah menjadi senjata pengaruh dalam persaingan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • CEO Xiaomi Dilaporkan Sedar Jualan Telefon Pintar Mereka Semakin Merudum
  • FBI Beri Amaran Elakkan Guna Port USB Di Tempat Awam

Sumber: Reuters

Imej utama: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY