3 Sebab Kenapa Snapdragon 8 Gen 2 Lebih Baik Dari A16 Bionic

Cip Snapdragon 8 Gen 2 serba baharu membuat kemunculan pada IQOO 11 5G dan vivo X90 Pro+. Manakala, A16 Bionic pula dalam model Pro siri iPhone 14 sebelum ini.

Ketika ini, Snapdragon 8 Gen 2 dan A16 Bionic adalah cip paling berkuasa yang ditawarkan Android dan iPhone. Walau bagaimanapun, terdapat 3 kelebihan Snapdragon 8 Gen 2 yang tidak dapat ditandingi A16 Bionic.

Snapdragon 8 Gen 2 Lebih Berkuasa

https://twitter.com/Golden_Reviewer/status/1605822254754910208?s=20&t=bo5HDLdiVpw19sj4lvkJDw

Berdasarkan ciapan Golden Reviewer, X90 Pro+ berjaya mengalahkan iPhone 14 Pro Max dalam Wild Life Extreme Stress Test, aplikasi 3DMark.

X90 Pro+ mencatatkan skor best loop 3,757 manakala iPhone 14 Pro Max pula mendapatkan skor 3,354. Walau bagaimanapun, skor best loop iPhone itu tetap lebih rendah berbanding skor lowest loop (3,390) X90 Pro+.

Selain itu, cip Snapdragon 8 Gen 2 juga jauh lebih stabil (90.2%) berbanding A16 Bionic dari iPhone (70%).

Snapdragon 8 Gen 2 Tawar Lebih Penjimatan Tenaga


Snapdragon 8 Gen 2

Mengikut leaker terkemuka, Ice Universe mendakwa cip 8 Gen 2 berkali-kali ganda lebih cekap tenaga berbanding pendahulunya.

Walau bagaimanapun, 8 Gen 2 menawarkan 25% lebih berprestasi untuk pemprosesan teras tunggal dan 45% lebih pantas dalam pemprosesan teras pelbagai.

Di samping itu, Ice Universe dakwa GPU Snapdragon 8 Gen 2 60% lebih berkuasa dan 88% lebih cekap tenaga berbanding GPU cip terdahulu.

{suggest

Snapdragon 8 Gen 2 Pilihan Terbaik Untuk Gaming


Berdasarkan AnTuTu, Snapdragon 8 Gen 2 berjaya mendapatkan skor purata 1.3 juta. Dan menariknya lagi, platform tersebut mencatatkan kenaikan suhu hingga 35°C sahaja.

Berbanding pendahulunya, hanya Xiaomi 12T Pro dan ROG Phone 6 sahaja yang mampu mencatatkan skor AnTuTu melebihi 1 juta mata dengan cip 8+Gen 1.

Selain itu, Qualcomm juga mendakwa Snapdragon 8 Gen 2 tawar 35% peningkatan dalam prestasi CPU dan 40% dalam kecekapan penggunaan tenaga.

Sumber: Gizchina

Gambar utama: Factory Mobile