Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Pelajar Terjatuh Dari Jambatan Gantung Ketika Mencari ‘Line’ Untuk Sesi Kelas Dalam Talian

3 Pelajar Terjatuh Dari Jambatan Gantung Ketika Mencari ‘Line’ Untuk Sesi Kelas Dalam Talian

Diterbitkan November 26, 2020 · Dikemas kini November 26, 2020 oleh ariff bukhari

Dalam kejadian terbaru di Sabah berkaitan akses internet, dilaporkan 3 orang pelajar telah terjatuh dari jambatan ketika mereka berusaha mencari talian yang jelas untuk mengikuti sesi kelas dalam talian.

Insiden yang dipercayai berlaku pada jam 9 malam itu melibatkan 3 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut.

Akibat insiden itu, salah seorang pelajar tersebut telah mengalami patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

Kejadian tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam hari ini.

Berikut adalah kenyataan yang diambil dari laman FB beliau:-

“Ada beberapa pelajar Sekolah dari kg Gusi terjatuh dari Jambatan gantung yang terputus. Jambatan gantung ini telah dibina 10 thn lalu. Ada pembaikan tetapi kali ini sudah lusuh dan usang. Pelajar ini menggunakan jambatan ini sebagai station untuk cari talian internet.

8 pelajar ini berkumpul di satu kawasan di atas jambatan dan ini mungkin salah satu punca kenapa jambatan putus. Minggu depan saya akan sendiri ke kampung untuk memantau keadaan jambatan.

Kita akan membina jambatan baru. Saya berharap akan mendapat peruntukan dari kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Saya mengarahkan pegawai2 saya untuk berada di ICU Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan pembinaan jambatan gantung tersebut. Pengangkutan skrg ini hanya menggunakan sampan kecil atau bot.

Harapan saya ialah saya berharap penduduk tabah dan saya ucapkan simpati dan semoga pelajar yang cedera itu akan cepat sembuh. Dan juga kita mohon agar mereka bersabar sedikit sebab kita akan cuba sedaya upaya untuk menggantikan jmbtn gantung yg putus itu.” Datuk Dr Joachim Gunsalam

3 Pelajar Terjatuh Dari Jambatan Gantung Ketika Mencari ‘Line’ Untuk Sesi Kelas Dalam Talian
Kabel jambatan gantung di Kampung Gusi yang telah putus sehingga menyebabkan insiden pada 3 pelajar. Kredit: FB Nur Lyha

8 pelajar itu dilaporkan cuba mengakses internet dari atas jambatan gantung yang tergantung setinggi 18 meter dari aras sungai itu kerana difahamkan hanya di atas jambatan itu sahaja yang mempunyai capaian internet.

Malah dimaklumkan juga oleh orang kampung tersebut bahawa menjadi kebiasaan bagi penduduk kampung, khususnya pelajar di kampung itu berkumpul di kawasan tersebut sekiranya memerlukan capaian internet.

Sumber: Berita Harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY