3 Pakar Industri Kreatif Bimbing Para Mentee Dengan Komputer Riba Canggih HP

Projek HP Mentorship akhirnya berakhir semalam setelah berlangsung selama tiga bulan.

Projek yang mengumpulkan 11 mentee dari seluruh Malaysia diberi peluang seumur hidup untuk bekerjasama dengan 3 ahli pakar industri iaitu penulis lirik dan penyanyi pop Malaysia Zee Avi, penerbit muzik dan komposer prolifik Daniel Verapeen, dan pengarah kreatif dan pengasas kumpulan 33.3, Edwin Raj.

Para mentee itu yang terdiri daripada belia kreatif dengan pelbagai latar belakang berbeza yang menghasilkan seni dan muzik bersama di bawah bimbingan mentor mereka dikuasakan oleh komputer riba canggih yang disediakan oleh HP Malaysia.  

Kapsyen: Para mentee yang terlibat dalam Projek HP Mentorship.


Hasilnya, HP Malaysia akan menerbitkan tiga pengalaman audiovisual dalam bentuk NFT dan 100 NFT koleksi ekskulif yang akan sedia untuk tontonan dan pembelian melalui platform CryptoArt baharu, NFT Pangolin.

Sebanyak 3 model peranti HP disediakan kepada setiap mentee dan mentor iaitu HP ENVY, HP Spectre x360 dan HP ZBook Firefly.

Kesemua komputer riba yang digunakan para mentor dan mentee dalam projek HP ini dilengkapi dengan Prosesor Intel® Generasi ke-11 yang berkuasa dan digunakan sepenuhnya oleh para mentee penghasilan seni digital dan muzik.

Mentee seni digital menghasilkan reka bentuk, animasi dan menjana NFT menggunakan komputer riba mereka yang membolehkan mereka mencipta seni di mana-mana sahaja.

Sumber: Media HP

Baca juga:

Berkaitan