Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
suhu dunia

2019 Adalah Tahun Kedua Paling Panas Direkodkan Dalam Tempoh 140 Tahun

Diterbitkan Januari 20, 2020 · Dikemas kini Januari 20, 2020 oleh ariff bukhari

2016 pula masih memegang rekod tahun yang paling panas setakat ini.

Berdasarkan laporan oleh pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) dan NOAA (National Oceanic and Atmospheric Administration), 2019 adalah tahun kedua paling panas direkodkan.

Sementara tahun 2016 pula masih menjadi tahun yang paling panas pernah direkodkan. Malah dalam 5 tahun ini telah menjadi tahun-tahun yang paling panas direkodkan sejak 140 tahun lalu.

Menurut Nasa dan NOAA, sejak tahun 1880an, suhu purata dunia telah meningkat lebih daripada 2 darjah Fahrenheit.

“We crossed over into more than 2 degrees Fahrenheit warming territory in 2015 and we are unlikely to go back. This shows that what’s happening is persistent, not a fluke due to some weather phenomenon: we know that the long-term trends are being driven by the increasing levels of greenhouse gases in the atmosphere,” Pengarah GISS (Goddard Institute for Space Studies) Gavin Schmidt.

NASA berkata, kesan buruk daripada peningkatan suhu dunia ini telah menyebabkan pencairan ais secara besar-besaran di Greenland dan Antartika.

Malah turut menyebabkan berlakunya kebakaran besar sepertimana yang berlaku di Australia baru-baru ini.

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY