Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pmpl thumbnail

20 Pasukan Malaysia Sedang Berentap Dalam PMPL Season 2

Diterbitkan Ogos 21, 2020 oleh Amsyar Latif

20 pasukan Malaysia dan 4 pasukan Singapura sedang berentap dalam PMPL MY/SG Season 2 bagi merebut hadiah terkumpul AS$150,000 dan menempah tempat ke perlawanan akhir PMPL SEA Season 2.

Pasukan Malaysia akan mengisi 20 slot manakala 15 slot adalah pasukan jemputan daripada musim 1 dan 5 slot lagi adalah dari pasukan Malaysia yang layak daripada Kejohanan PUBG Mobile National  Championship (PMNC).

4 pasukan daripada Singapura iaitu 8GMT, Kingsmen, PPG dan Steel Hearts Esport juga berjaya menempah slot dalam PMPL MY/SG musim ini.

Pasukan yang bertanding dalam PMPL MY/SG Season 2 adalah:

Pasukan Slot
  1. AXIS NRL MPX
  2. Damansara Esports
  3. Dingoz MZ
  4. EVOS VIP
  5. FLASHVISION
  6. Geek Fam
  7. J8 Esports
  8. N.E.D Brotherhood
  9. Resurgence
  10. TARA Assasino
  11. Team No Recoil
  12. Team Secret
  13. Team SMG
  14. Westar Xpert
  15. Yoodo GANK
 

 

 

 

 

 

15 Pasukan Jemputan daripada PMPL MY/SG 2020 Season 1

  1. AKA Esports
  2. EZZY LX
  3. MARLINO
  4. Team Bosskurr
  5. TRX Elementus
 

 

5 pasukan terbaik PMNC 2020

  1. 8GMT
  2. Kingsmen
  3. PPG
  4. Steel Hearts Esports
 

4 pasukan terbaik Pusingan Kelayakan Singapura PMPL MY/SG 2020 Season 2

PMPL MY/SG Season 2 akan bermula dari rabu hingga ahad (19 hingga 23 Ogos) ini dan berlangsung selama empat minggu. Manakala acara kemuncak pertandingan ini bermula 25 hingga 27 September.

Key Visual

Tambahan lagi, kejohanan ini boleh ditonton secara langsung di laman Facebook Rasmi PUBG Mobile dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.

Setelah PMPL MY/SG Season 2 ini berakhir, pasukan terbaik berpeluang mewakili asia tenggara dan berentap dengan pasukan terbaik dari seluruh dunia dalam World League.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY