Penyelidik luar dan pihak Intel sendiri menemui kecacatan perisian tersebut.
Intel melaporkan bahawa mereka telah menemui satu kelemahan ciri keselamatan pada perkakasan storan yang dipasarkan kepada pelanggan pusat data mereka. Model storan yang terjejas adalah siri storan SSD DC S4500/24600. Storan model ini berkapasiti antara 240GB hingga 4TB yang jimat tenaga dan berkos rendah.
Pihak Intel berkata, versi firmware terdahulu peranti tersebut didapati mengandungi pepijat yang membolehkan penggodam mengakses data yang terkandung di dalam storan tersebut menerusi akses fizikal.
Intel meletakkan status pepijat tersebut sebagai risiko sederhana.
Manakala satu lagi kecacatan perisian pula telah ditemui oleh penyelidik dari firma keselamatan Eclypsium di mana mereka menemui kelemahan ciri keselamatan pada Intel® Processor Diagnostic Tool .
Pihak Intel telah dimaklumkan akan penemuan kecacatan pada perisian mereka itu dan Intel meletakkan status kecacatan tersebut sebagai berisiko tinggi.
Berikutan penemuan 2 kecacatan tersebut, pihak Intel telah pun sedia melepaskan kemas kini bagi membaik pulih isu tersebut.
Sumber: Toms Hardware
Berkaitan
- Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13
- Intel Menggunakan Struktur Nombor Baru Bagi Cip Pemprosesan Mereka
- Intel Mencapai Rekod Pendapatan Sehingga USD72 Bilion Pada Tahun 2019
- Malaysia Menjadi Ladang Solar Terbesar Intel Selepas AS
- Hewlett Packard Enterprise Berkata Sebahagian Pemacu Storan SSD Akan Gagal Berfungsi Apabila Sudah Diguna Lebih Daripada 32 Ribu Jam
- Intel Dan Microsoft Sahkan Isu "Downfall" Pada Cip Intel Generasi Terdahulu
- Intel Akan Mula Memasarkan Cip Pemprosesan 10nm ' Ice Lake' Bermula Jun Ini
- Intel Mengumumkan Barisan Cip Pemprosesan Terbaru Intel Cascade Lake-X Gen-10
- Syarikat Singapura Bangunkan Storan SSD Dengan Teknologi AI Pertama Di Dunia
- Cip Intel Akan Datang Didakwa Akan Mampu Menghalang Serangan Perisian Hasad