Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini

2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini

Diterbitkan Mei 5, 2024 · Dikemas kini Mei 5, 2024 oleh ariff bukhari

Esok, Isnin 6 Mei 2024 dijangka akan berlaku 2 fenomea astronomi menakjubkan.

Komet Halley

Berdasarkan info yang dikongsikan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam Kalendar Astronomi bulan Mei 2024, akan berlaku kemuncak Hujan Meteor Eta Aquarids yang dijangka berlaku sebelum subuh pada 6 Mei 2024, dengan purata 50 meteor per jam.

Kenampakan hujan meteor tersebut juga adalah baik.

2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini

Menjadikannya lebih menarik lagi adalah, Hujan Meteor Eta Aquarids merupakan salah satu hujan meteor yang disebabkan oleh debu Komet Halley selain Hujan Meteor Orionids yang berlaku pada bulan Oktober setiap tahun.

2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini
Laluan orbit Komet Halley dan Bumi, menunjukkan dua kawasan tempat hujan meteor Eta Aquariid dan Orionid berlaku.

Untuk pengetahuan anda, komet 1P/Halley atau dikenali sebagai Komet Halley merupakan komet paling masyhur dalam sejarah.

Komet Halley dianggarkan mengambil masa selama 75 hingga 76 tahun untuk melengkapkan orbitnya.
NPG 4393; Edmond Halley by Richard Phillips
Komet Halley dinamakan sempena ahli astronomi British, Edmond Halley, yang telah mencadangkan bahawa ada satu komet yang akan kembali setiap kira-kira 76 tahun. Halley tidak sempat menyaksikannya apabila meninggal dunia pada 1742, namun komet tersebut kembali pada 1758 sepertimana yang diramalkannya.
Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa komet tersebut.
Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
Kali terakhir Komet Halley berada pada titik terdekat dengan matahari adalah pada  9 Februari 1986 dahulu.
2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini
Imej Giotto nukleus Komet Halley ketika ia menyusut dari Matahari
2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini
Imej Komet Halley yang berjaya dirakam pada tahun 1986.

Komet Halley ini dijangka hanya akan kembali ke bahagian dalam Sistem Suria kita pada 28 Julai 2061 nanti.

Bulan Pada Perigee

Satu lagi fenomena menarik yang akan berlaku esok adalah fenomena Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi iaitu pada jarak sejauh  363,163 km sahaja.
Sebagai contoh, rajah di bawah hasil daripada imej yang dirakam dari kapal angkasa Galileo pada Disember 2003 dahulu menunjukkan perbezaan anggaran dalam saiz jelas antara bulan purnama di perigee (titik terdekat dalam orbit bulan, digambarkan di sebelah kiri) dan bulan purnama di apogee, titik paling jauh dalam orbit bulan.
2 Fenomena Astronomi Menakjubkan Akan Berlaku Pada 6 Mei 2024 Ini
Sumber: MYSA, NASA 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY