Jam Pintar Moochies Dengan Fungsi Keselamatan Untuk Kanak-kanak

Sesuai untuk ibu-bapa yang mahu menjaga keselamatan anak kecil. Selain dari mempunyai ciri menjawab panggilan dan mesej dari ibu bapa, ianya juga mempunyai fungsi GPS yang dapat mengenal pasti lokasi dan pergerakkan anak mereka.



Jam pintar Moochies ini hanya menumpukan kepada kanak- kanak yang berusia 4 ke 12 tahun, dimana pengawasan dari ibu-bapa sangat penting. Kanak- kanak hanya mampu menjawab panggilan dari senarai nombor yang telah dimasukkan oleh ibu-bapa.

Selain daripada itu, peranti ini mempunyai butang kecemasan dimana ia harus ditekan selama 5 saat dan penggera akan dibunyikan di telefon pintar dan ibu-bapa akan terus mendapat lokasi anak mereka beserta dengan 15 saat rakaman suara.



Jam pintar ini juga mempunyai ciri pedometer, bermaknya ibu bapa dapat mengetahui berapa jarak perjalanan dan pergerakkan anak mereka. Ianya juga dilengkapi dengan aplikasi Safety Geo-Fence, dimana amaran akan diberikan kepada ibu-bapa sekiranya anak kecil berjalan keluar dari ‘Safety Zone’ yang ditetapkan.



Selain daripada menghindari anak kecil daripada bahaya media sosial atau permainan telefon pintar, jam Moochies ini juga mampu memberi ketenangan kepada ibu-bapa yang dapat melihat gerak geri anak mereka. Faktor keselamatan anak juga harus diberi perhatian kerana terlalu banyak kes pernculikan kanak-kanak berlaku di negara kita.

Jam ini boleh didapati melalui laman web Moochies.