Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
18 Tahun Lagi, Jalan Raya Di Malaysia Bakal Dipenuhi 38% Kenderaan Elektrik – Menteri

18 Tahun Lagi, Jalan Raya Di Malaysia Bakal Dipenuhi 38% Kenderaan Elektrik – Menteri

Diterbitkan Mei 2, 2023 oleh ariff bukhari

Kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyatakan komitmen untuk menitik beratkan pembangunan yang lestari dan mampan.

Menerusi kenyataan Menterinya, Chang Lih Kang, MOSTI mensasarkan 15% kenderaan elektrik (EV) berada atas jalan raya pada tahun 2030 dan 38% pada tahun 2040 nanti.

Walaubagaimanapun beliau berkata, Malaysia masih belum memiliki ekosistem yang lengkap untuk memangkin penggunaan EV, harga jualan EV yang masih terlalu mahal untuk dimiliki oleh kebanyakan rakyat serta stesen pengecasan EV juga masih belum banyak disediakan di jalan-jalan utama dan lebuh raya.

Itu adalah antara cabaran utama yang perlu diatasi bagi mencapai sasaran itu.

Beliau juga berkata, Kerajaan telahpun menerima kesediaan sebuah syarikat pengeluar EV yang akan membuka kilang operasi di Malaysia.

Tanah seluas 1000 ekar telah disediakan di Tanjong Malim untuk syarikat ini bagi memulakan operasi. Hasil keluaran syarikat ini akan digunakan untuk pasaran tempatan dan juga eksport antarabangsa.

Sebelum ini media melaporkan, syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dari China, Geely akan melaburkan sebanyak RM30 bilion di Tanjung Malim.

Berkaitan

  • 3 Ciri Yang Buatkan Samsung Galaxy A54 Calon 'Midrange' Terbaik Untuk Anda
  • MIROS Akan Nilai Keselamatan PERODUA Axia 2023
  • Samsung Larang Pekerja Guna AI Generatif Seperti ChatGPT

Sumber: Chang Lih Kang, Astro Awani

Kredit imej utama: PLUS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY