Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3g ditamatkan

13 Menara Baharu Akan Didirikan Di Pitas Bagi Melancarkan Capaian Internet Di Daerah Tersebut

Diterbitkan Oktober 15, 2020 · Dikemas kini Oktober 15, 2020 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, sebanyak 13 menara baharu akan didirikan di Pitas. Kampung Mengkapon pula telah dikenal pasti akan menjadi salah satu lokasi untuk pembinaan menara berkenaan.

Pelaksanaan pembinaan menara-menara telekomunikasi itu akan dilaksanakan di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1.

Sebagai makluman, kerja-kerja pembinaan menara baharu ini telahpun dimulakan ketika ini.

Pihak penyedia perkhidmatan yang dilantik pula sedang dalam proses memohon kelulusan daripada pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah sebelum kerja-kerja dimulakan di tapak-tapak yang telah dipilih.

Tempoh pembinaan menara dan pemasangan alat pemancar itu dijangkakan akan siap dan beroperasi dalam tempoh antara 6 hingga 12 bulan.

Sejak beberapa bulan lalu, Pitas telah menjadi tumpuan rakyat Malaysia selepas tular kes seorang pelajar yang telah memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menduduki peperiksaan dalam talian.

Kini penduduk di Daerah Pitas telah pun menerima penambahbaikan yang pesat bagi capaian internet. Buktinya, Pusat Internet yang terletak di Pitas telah menjadi Pusat Internet yang pertama di Malaysia yang dinaiktaraf kelajuannya sehingga 300Mbps.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY