Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Malware

11 Juta Peranti Android Dijangkiti Perisian Hasad ‘Necro Trojan’

Diterbitkan September 24, 2024 · Dikemas kini September 24, 2024 oleh Amalina Athman

Versi baharu perisian hasad Necro kembali muncul untuk menjangkiti sekurang-kurangnya 11 juta peranti Android. 

Necro Trojan, yang pertama kali ditemui oleh penyelidik keselamatan pada 2019, telah dipasang melalui kit pembangunan perisian pengiklanan berniat jahat (SDK) yang digunakan oleh aplikasi rasmi di Google Play Store, mod permainan serta versi ubah suai aplikasi popular (mod) seperti Spotify, WhatsApp dan MineCraft.

Aplikasi di Google Play Store

Kaspersky menemui kehadiran pemuat Necro pada dua aplikasi rasmi di Google Play Store. Yang pertama ialah Wuta Camera oleh Benqu, aplikasi suntingan foto dengan lebih 10 juta muat turun di Google Play.

11 Juta Peranti Android Dijangkiti Perisian Hasad ‘Necro Trojan’

Perisian hasad Necro itu ditemui dalam aplikasi dengan keluaran versi 6.3.2.148, dan ia kekal dibenamkan (embedded) sehingga versi 6.3.6.148, iaitu apabila Kaspersky memberitahu Google.

Walaupun trojan tersebut telah dialih keluar dalam versi 6.3.7.138, sebarang muatan yang telah dipasang melalui versi lama mungkin masih bersembunyi pada peranti Android.

Aplikasi kedua pula ialah Max Browser by WA message recover-wamr, yang mempunyai 1 juta muat turun di Google Play dan kini telah pun dialih keluar daripada platform itu.

Kaspersky mendakwa bahawa versi terbaharu Max Browser, 1.2.0, masih membawa Necro. Berikutan itu, pengguna yang telah memuat turun pelayar itu disyorkan untuk menyahpasangnya serta-merta dan beralih kepada pelayar lain.

Di luar sumber rasmi

Di luar Google Play Store, Necro Trojan turut disebarkan melalui versi ubah suai aplikasi popular (mod).

Antaranya termasuk mod WhatsApp ‘GBWhatsApp’ dan ‘FMWhatsApp’. Satu lagi ialah mod Spotify, ‘Spotify Plus’ yang menjanjikan akses percuma kepada perkhidmatan premium tanpa iklan.

11 Juta Peranti Android Dijangkiti Perisian Hasad ‘Necro Trojan’

Laporan itu juga menyebut mod Minecraft dan permainan popular lain seperti Stumble Guys, Car Parking Multiplayer dan Melon Sandbox.

Dalam semua kes, ia menggunakan cara yang sama – memaparkan iklan di latar belakang untuk menjana hasil penipuan bagi penyerang, memasang aplikasi dan APK tanpa kebenaran pengguna, menggunakan WebView yang tidak kelihatan untuk berinteraksi dengan perkhidmatan berbayar serta membuka pautan sewenang-wenangnya dan menjalankan sebarang kod JavaScript.

Berkaitan

  • Kecacatan Keselamatan Tersembunyi Pada Telefon Android Bolehkan Data Pengguna Diakses Dari Jauh
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Pengguna Android Kini Boleh Tingkatkan Privasi Lebih Mudah Dengan Mematikan Ciri Play Store Ini

Sumber: BleepingComputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY