Adware kekal menjadi perisian hasad yang paling banyak menyerang pengguna.
Dalam laporan terbaru berkaitan aktiviti perisian hasad sepanjang 2019 lalu oleh pihak Malwarebytes Labs, mereka menyenaraikan sebanyak 10 perisian hasad paling popular yang dikesan aktif menyerang pengguna di seluruh dunia.
Dalam laporan yang bertajuk 2020 State of Malware itu mereka mendapati adware masih kekal sebagai kategori perisian hasad yang paling banyak menyerang pengguna sepanjang 2019. Sama sepertimana tahun sebelumnya.
Malah serangan adware didapati meningkat pada 2019 dengan menjadikan pengguna Windows, Mac dan peranti pintar Android sebagai mangsa utama mereka.
"Adware has become much more aggressive in 2019, heavily targeting consumer and business endpoints on Windows, Mac and Android devices." Malwarebytes Labs.
Berikut adalah senarai 10 perisian hasad yang paling banyak dikesan menyerang pengguna global sepanjang tahun 2019 lalu menurut Malwarebytes Labs:-
Malah mereka juga mengesan buat pertama kalinya pada tahun lalu, serangan perisian hasad ke atas pengguna Mac adalah lebih tinggi berbanding pengguna Windows.
"We saw a significant rise in the overall prevalence of Mac threats in 2019, with an increase of over 400 percent from 2018".
"In total, we saw approximately 24 million Windows adware detections and 30 million Mac detections." Malwarebytes Labs
Sementara adware tersembunyi pula dijangka akan terus menjadi trend untuk penjenayah siber mengaut keuntungan mudah menerusi platfom Android.
Laporan oleh pihak Malwarebytes Labs ini diperolehi menerusi penyelidikan dan analisis yang dimulakan mereka sejak 1 Januari hingga 31 Disember 2019.
Berkaitan
- Jom Sertai Pertandingan Pengaturcaraan Perisian Codewar 2022
- Perisian Hasad BillGates Mengubah Fungsi Enjin Carian Kepada 'Zombi' Perlombongan Kriptowang
- Cip Intel Akan Datang Didakwa Akan Mampu Menghalang Serangan Perisian Hasad
- 17 Aplikasi Android Ini Dikesan Membawa Perisian Hasad Perbankan
- Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android
- Perisian Hasad Palsu Donald Trump Diguna Penggodam Bagi Menipu Mangsa
- Versi Percuma Perisian Antivirus Avast Dan AVG Didakwa Mengutip Dan Menjual Data Peribadi Pengguna
- Remaja 19 Tahun Ini Memperoleh Pendapatan Melebihi USD1 Juta Dengan Menjadi Penggodam Perisian Komputer
- Perisian Antivirus Percuma Kaspersky Kini Dikenali Sebagai Security Cloud Free
- Telefon Pintar Android Bajet Rendah Didakwa Sudah Tersedia Dipasang Perisian Hasad