10 Kandungan Netflix Pilihan LG Malaysia

Situasi yang dialami sekarang ini mungkin menghalang kita daripada melakukan aktiviti-aktiviti luar, namun ini tidak bermakna tiada aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Jadi, apa yang boleh kita manfaatkan masa sebanyak yang mungkin sepanjang tempoh berada di rumah? Walaupun pelbagai aktiviti lain yang boleh dilakukan di rumah, antara pilihan rakyat Malaysia sudah semestinya mengadakan marathon rancangan Netflix.

Oleh itu, di bawah ini kami senaraikan 10 kandungan Netflix pilihan LG Malaysia yang boleh anda tonton bersama keluarga.

Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001)




Kabhi Khushi Kabhie Gham merupakan salah satu filem Bollywood yang mendapat sambutan paling hangat sehingga kini. Dibintangi barisan pelakon yang hebat seperti Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan dan Kareena Kapoor. Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga dari kelas elit yang menghadapi masalah dan persengketaan berikutan perkahwinan anak angkat lelakinya dengan wanita daripada keluarga yang miskin.

Crash Landing On You (2019)


10 kandungan netflix

Drama dari Korea Selatan ini disiarkan secara rasmi di Netflix pada 14 Disember 2019 dengan penerimaan yang sangat luar biasa dari penonton. Pada masa artikel ini ditulis, drama ini berada di kedudukan yang kedua bagi jumlah tontonan terbanyak di Netflix.

Friends (1994)




Sebuah siri sitkom Amerika yang telah memenangi pelbagai anugerah, idea asal oleh David Crane dan Marta Kauffman telah dinamakan sebagai Penulisan Siri TV Terbaik Sepanjang Zaman. Episod akhir sitkom ini yang ditayangkan pada 6 Mei 2004 berjaya mencapai 52.5 juta jumlah tontonan domestik, menjadikannya siri kelima paling tinggi tontonan dalam sejarah televisyen serta episod televisyen yang tertinggi sepanjang 2000-an.

Kingdom (2019)


10 kandungan netflix

Sebuah siri web televisyen bergenre political period horror thriller ditulis oleh Kim Eun-Hee dan arahan oleh Kim Seong-Hun, Kingdom adalah drama siri Korea pertama dalam Netflix Original. Siri yang disiarkan secara rasmi pada 25 Januari 2019 ini diadaptasikan daripada sebuah komik-web bersiri dengan tajuk The Kingdom of The Gods. Tayangan musim kedua telah disiarkan pada 13 Mac 2020.

Gossip Girl (2007)


v

Siri drama remaja Amerika yang diadaptasi dari siri buku bertajuk sama oleh Cecily von Ziegesar. Ia mengisahkan tentang Serena van der Woodsen (Blake Lively) dan frenemy utama Blair Waldorf (Leighton Meester) sewaktu di bangku sekolah, kolej dengan kehidupan penuh drama.

A Quiet Place (2018)




Sebuah filem fiksyen sains seram Hollywood, A Quiet Place mengisahkan tentang seorang bapa (John Krasinski) dan seorang ibu (Emily Blunt) bertarung untuk hidup dan membesarkan anak mereka dalam dunia post-apocalypse yang didiami makhluk yang mempunyai deria pendengaran yang sensitif.

Tiger King (2020)




Mengisahkan para pemilik big cat yang berpesonaliti ganjil dan luar biasa, antaranya termasuk watak Joe Exotic. Joe dan barisan watak lain termasuk tokan dadah, kaki penipu dan lain-lain berkongsi minat mereka terhadap big cat. Segalanya berubah dengan kemunculan Carole Baskin, seorang aktivis haiwan dan pemilik pusat jagaan big cat yang mengancam kedudukan bisnes mereka

The Witcher (2019)


10 kandungan netflix

Salah satu siri eksklusif Netflix, The Witcher yang merupakan sebuah drama siri fantasi Amerika diadaptasi daripada buku dengan tajuk yang sama oleh Andrzej Sapkowski.

Berlatarkan sebuah negara fiksyen pada zaman pertengahan juga dikenali sebagai The Continent, The Witcher menerokai lagenda Geralt dari Rivia dan Puteri Ciri dimana mereka berkait antara satu sama lain atas dasar takdir. Dibintangi Henry Cavill, Freya Allan dan Anya Chalotra, musim pertama drama ini berakhir pada tahun 2019.

Explained (2018)




Sebuah doku-siri dihasilkan oleh laman berita popular, Vox yang mula disiarkan pada 2018. Explained menyiasat pelbagai jenis topik, daripada yang jenis ringan (K-pop, eSports) hingga ke jenis serius (krisis air dunia, ketidaksaksamaan upah dalam jantina).

The Haunting of Hill House (2018)


10 kandungan netflix

Siri ini disiarkan secara rasmi di Netflix pada 12 Oktober 2019. Diadaptasi daripada buku bertajuk sama yang diterbitkan pada 1959 oleh Shirley Jackson. Mengisahkan lima beradik yang mengalami situasi paranormal di Hill House yang kekal menghantui mereka sehingga ke hari ini, diselitkan dengan babak imbas kembali peristiwa lepas yang berlaku pada tahun 1992 apabila keluarga mereka lari dari rumah.

Barisan pelakon siri ini dibintangi oleh Micheal Huisman, Elizabeth Reaser, Oliver Jackson-Cohen, Kate Siegel, dan Victoria Pedretti.

Dengan menonton semua kandungan ini menggunakan TV LG OLED yang menyokong semua tetapan fungsi HDR termasuk Dolby Vision, dan menawarkan kualiti audio menakjubkan dengan Dolby ATMOS, ia mampu menonjolkan setiap warna kandungan dengan lebih menarik dan menjadikan setiap babak kelihatan lebih realistik.