10 Filem Terbaik Yang Dibintangi Oleh Johnny Depp

johnny depp

Johnny Depp, tidak dapat dinafikan lagi merupakan salah seorang pelakon hebat dari Hollywood. Oleh itu, artikel ini akan menampilkan 10 filem terbaik lakonan Johnny Depp sendiri yang anda wajib tonton.

Sedikit fakta tentang Johnny, beliau telah memulakan debut filem pada tahun 1984 yang bertajuk A Nightmare on Elm Street. Pernah tercalon dalam 10 anugerah Golden Globes, Johnny sangat tertarik untuk membawa watak orang buangan atau terpinggir dalam kebanyakan lakonan beliau.

Sepanjang berpuluh tahun karier sebagai pelakon, Johnny Depp sudah banyak kali bekerjasama dengan pengarah terkenal, Tim Burton. Antara filem arahan Tim yang dilakonkan adalah "Edward Scissorhands," "Ed Wood," "Charlie and the Chocolate Factory" dan "Sweeney Todd." 

Berikut adalah 10 filem terbaik yang dibintangi Johnny Depp seperti yang telah dijanjikan:

1. Alice in Wonderland (2010)


https://www.youtube.com/watch?v=9POCgSRVvf0
Pengarah: Tim Burton

Penulis: Linda Woolverton

Barisan pelakon: Johnny Depp, Mia Wasikowska, Anne Hathaway, Helena Bonham-Carter


Walaupun watak utama filem ini dipegang oleh Mia Wasikowska, perhatian telah tertumpu kepada kemunculan Johnny Depp sebagai Mad Hatters. Dengan rambut berwarna oren terang dan topi bersaiz besar, watak Hatter menjadi lambang dan ciri filem-filem Tim Burton.

Dalam adegannya dengan Alice, Johnny berjaya mewujudkan ikatan dengannya walaupun harus menampilkan karakter orang luar di negeri ajaib itu. Lakonan Johnny dalam Alice in Wonderland memberikan beliau pencalonan Golden Globe yang kesepuluh.

Pautan filem: Amazon Prime - Alice in Wonderland

2. What's Eating Gilbert Grape (1993)


https://www.youtube.com/watch?v=wpSGFets1oM
Pengarah: Lasse Hallström

Penulis:
Peter Hedges

Barisan pelakon: Johnny Depp, Juliette Lewis, Mary Steenburgen, Leonardo DiCarpio


Dibintangi oleh dua pelakon lagenda, Leonardo DiCaprio dan Johnny Depp memberikan kerjasama hebat melalui lakonan mereka dalam filem yang menyentuh hati ini.

Memainkan watak Gilbert Grape, filem ini mengisahkan tentang tanggungjawab seorang anak dalam menjaga ibunya yang gemuk dan adiknya yang mempunyai masalah kesihatan mental. Konflik mula hadir apabila Gilbert terpaksa melakukan pengorbanan demi kebahagiaan orang-orang yang dia sayangi.

Pautan filem: Amazon Prime - What's Eating Gilbert Grape

3. Ed Wood (1994)


https://www.youtube.com/watch?v=CawVaHxWvnA
Pengarah: Tim Burton

Penulis: Scott Alexander, Larry Karaszewski

Barisan pelakon: Johnny Depp, Martin Landau, Sarah Jessica Parker, Patricia Arquette

Dalam filem klasik Hollywood ini, Johnny memainkan watak seorang pengarah terkenal bernama Ed Wood. Dengan konsep hitam putih yang menggunakan teknik bayangan dan pencahayaan, Johnny berjaya memberi lakonan yang sangat baik.

Diinspirasikan oleh kisah benar, filem ini berkisar tentang Ed Wood yang berusaha mencapai kejayaan dalam industri filem. Walaupun karakter Ed Wood adalah seorang yang agak eksentrik, Johnny berjaya menunjukkan sisi setia dan lembut Ed.

Pautan filem: Amazon Prime - Ed Wood

4. Public Enemies (2009)


https://www.youtube.com/watch?v=Q8xOgO7_eT8
Pengarah: Michael Mann

Penulis: Ronan Bennett, Ann Biderman

Barisan pelakon: Johnny Depp, Christian Bale, Marion Cotillard


6. Cry Baby (1990)


https://www.youtube.com/watch?v=JiRa7qrL5rY
Pengarah: John Waters

Penulis: John Waters

Barisan pelakon: Johnny Depp, Ricki Lake, Amy Locane, Traci Lords

Filem Cry Baby arahan John Waters menawarkan kisah yang ironik dan lain daripada lain. Cry Baby menandakan langkah arus perdana pertama Johnny dalam watak-watak konvensional yang sering dikaitkan dengannya dan jika dilihat dari lakonannya, jelas menunjukkan kejayaan Johnny.

Filem ini mengisahkan tentang kisah romantik seakan-akan Romeo dan Juliet antara dua kumpulan sekolah menengah yang bermusuhan, Squares dan Drapes. 

7. Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street (2002)


https://www.youtube.com/watch?v=_4R72KROZ20
Pengarah: Tim Burton

Penulis: John Logan

Barisan pelakon: Johnny Depp, Helena Bonham-Carter, Alan Rickman 


Filem arahan Tim Burton yang diadaptasikan oleh persembahan musikal Stephen Sondheim ini berunsur musikal dan juga drama seram. Ia mengisahkan Benjamin Barker yang juga dikenali sebagai Sweeney Todd (Johnny Depp), seorang tukang gunting rambut yang membunuh pelanggan-pelanggannya dengan pisau cukur dan memproses mayat-mayat itu menjadi pai daging yang kemudian dijual di bakeri.

Namun, masih ada sisi baik dalam watak Sweeney. Nasib buruk keluarganya yang telah menyebabkan Sweeney menjadi seorang pembunuh bersiri. Johnny memperoleh anugerah Pelakon Terbaik dari Golden Globes melalui lakonannya sebagai Sweeney Todd.



https://www.youtube.com/watch?v=7iTFYsmFV_Q
Pengarah: Tim Burton

Penulis: Caroline Thompson

Barisan pelakon: Johnny Depp, Winona Ryder, Dianne Wiest, Vincent Price

Edward Scissorhands merupakan kerjasama pertama antara Johnny Depp dengan pengarah Tim Burton. Filem ini mengisahkan Edward yang dicipta di sebuah makmal dengan bilah gunting sebagai tangannya.

Edward kemudian jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Kim Boggs (Winona Ryder), namun orang ramai menganggap Edward seorang raksasa dan menyukarkannya untuk menangani pandangan buruk terhadap dirinya.

Pautan filem: Amazon Prime - Edward Scissorhands

9. Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl (2003)


https://www.youtube.com/watch?v=86sGZNrJO5o


Pengarah: Gore Verbinski

Penulis: Ted Elliott, Terry Rossio

Barisan pelakon: Johnny Depp, Keira Knightley, Orlando Bloom, Geoffrey Rush

Apabila memikirkan tentang lanun-lanun terkenal sepanjang sejarah filem, pastinya Captain Jack Sparrow menjadi antara yang terhebat. Johnny Depp berjaya menghidupkan semula genre lanun dengan membawa hiburan segar dan kelucuan pintar kepada watak tersebut.

Johnny memainkan watak seorang lanun yang kurang ajar dan gagal dalam membantu tukang besi dalam mengejar cinta sambil merealisasikan keinginannya untuk membalas dendam.

Pautan filem: Amazon Prime - Pirates of the Caribbean

10. Donnie Brasco (1997)


https://www.youtube.com/watch?v=ilJ_ROLClZQ
Pengarah: Mike Newell

Penulis: Paul Attanasio

Barisan pelakon: Al Pacino, Johnny Depp, Michael Madsen

Dalam lakonan Johnny sebagai Donnie Brasco, Johnny telah menyelam dirinya terlebih dahulu ke dunia samseng jenayah. Filem yang diinspirasikan oleh kisah benar ini mengisahkan Johnny sebagai agen penyamar yang berjaya menyusup salah satu kumpulan penjenayah paling kuat di New York dalam tempoh enam tahun.

Walaupun berlakon di samping seorang ikon Hollywood, Al Pacino, Johnny berjaya memberikan lakonan yang sangat menonjol. Kerumitan dan emosi berbeza dalam melakonkan watak ini membuktikan Johnny seorang pelakon yang versatil dan luar biasa.

Pautan filem: Amazon Prime - Donnie Brasco

Sumber: Goldderby & HOF

Baca lagi: Money Heist Akan Kembali Untuk Musim Kelima