Money Heist Akan Kembali Untuk Musim Kelima

money heist musim kelima

Netflix baru sahaja mengumumkan siri Sepanyol paling popular, 'Money Heist' akan kembali untuk musim kelima dan terakhir.

Musim keempat Money Heist, yang juga dikenali sebagai La Casa De Papel telah disiarkan di Netflix pada bulan April. Siri yang telah mencetuskan fenomena ini berjaya memegang rekod siri bukan bahasa Inggeris yang paling banyak ditonton di Netflix. Bahkan musim keempat Money Heist sahaja telah berjaya memperoleh sejumlah 65 juta tontonan.

Pada 31 Julai yang lalu, melalui laman rasmi Twitter, Netflix telah mengumumkan akan ada musim kelima siri Money Heist. Namun, mereka juga menyatakan musim kelima akan menjadi penutup kepada siri hit Sepanyol ini.

[embed]https://twitter.com/netflix/status/1289214267640565761[/embed]

Musim kelima yang akan menjalani penggambaran di Sepanyol, Denmark dan Portugal, terdiri daripada 10 episod. Menurut Netflix, musim terbaru siri ini memulakan penggambaran pada 3 Ogos.

Masih belum ada pengesahan dan kepastian tentang tarikh tayangan musim kelima. Jika Netflix mengikut jarak pelancaran musim ketiga dan keempat Money Heist yang hanya kurang dari sembilan bulan, musim kelima mungkin akan dilancarkan pada akhir tahun 2020.



Kematian watak Nairobi (Alba Flores) tentunya memberi impak besar kepada penonton dan watak-watak yang lain. Menurut Alba, penggambaran Money Heist untuk dirinya telah tamat dan sudah sampai masa untuk beliau rehat.

Antara pelakon-pelakon yang akan anda saksikan di musim kelima termasuklah:
1. Úrsula Corberó - Tokio
2. Álvaro Morte - El Profesor
3. Itziar Ituño - Lisbon
4. Miguel Herrán - Río
5. Jaime Lorente - Denver
6. Esther Acebo - Stockholm
7. Darko Peric - Helsinki
8. Enrique Arce - Arturo Román

money heist musim kelima

Menurut pencipta Money Heist, Álex Pina, musim terakhir akan menggambarkan bagaimana ahli-ahli penjenayah Profesor berpecah. Katanya lagi,
"We've spent almost a year thinking about how to break up the band. How to put the Professor on the ropes. How to get into situations that are irreversible for many characters. The result is the fifth part of La Casa de Papel."

Nantikan musim kelima dan terakhir Money Heist di Netflix. Sementara itu, anda boleh menonton semula musim pertama hingga keempat juga di Netflix.

Sumber: Digital Spy & The Oprah Magazine