25 tahun yang lalu, Pixar telah melancarkan filem animasi komputer pertama bertajuk Toy Story. Filem arahan Josh Lasseter ini menjadi hit dan kegemaran semua sejak dari sekuel pertama sehinggalah ke sekuel terakhir, Toy Story 4, yang telah ditayangkan pada tahun 2019.
Mengisahkan tentang kehidupan Woody dah rakan-rakannya, ternyata terdapat banyak perkara lagi yang penonton masih belum tahu tentang filem ini. Diambil dari pelbagai sumber, berikut adalah 10 fakta unik dan menarik tentang Toy Story yang pasti buat anda kagum dan terkejut!
1. Buzz Lightyear telah dinamakan sempena seorang angkasawan popular
Tahukah anda renjer angkasa animasi Buzz Lightyear sebenarnya telah dinamakan sempena Buzz Aldrin, salah seorang daripada manusia pertama yang menjejaki bulan? Ya, Buzz benar-benar telah pergi “to infinity, and beyond!”
2. Watak Sid direka berdasarkan dua pekerja Pixar
Watak jahat dalam Toy Story, Sid Phillips, sebenarnya diinspirasikan oleh pengalaman sewaktu kanak-kanak dua penulis filem dari Pixar, Andrew Starton (A Bug’s Life, Finding Nemo, WALL-E) dan Joe Ranft (Cars, Beauty and the Beast, The Lion King). Lasseter teringat bagaimana Joe sering memisahkan semua mainannya. Mengenai tempat kejadian Combat Carl di halaman belakang pula, Stanton mengatakan ia sama dengan sesuatu yang dia lakukan dengan rakannya ketika dia berusia 8 tahun.
3. Don Rickles adalah satu-satunya pelakon yang dipertimbangkan untuk watak Mr. Potato Head
Sewaktu proses pemilihan watak mainan untuk Toy Story, para pembuat filem ini menitik beratkan ciri keperibadian yang mereka mahukan. Dengan Mr. Potato Head, mereka bercadang untuk membina mainan yang sering kehilangan bahagian-bahagian pada badannya. Bagi merealisasikan watak itu, mereka memilih seorang pelawak terkenal, Don Rickles untuk menjadi suara latar Mr. Potato Head. “What are you looking at, ya hockey puck?” adalah salah satu frasa terkenal dari karakter ini.
4. Woody pada asalnya direka sebagai boneka ventriloquist!
Idea asal filem ini telah menjadikan Woody sebagai sebuah boneka ventriloquist. Sudah tentu, idea ini kemudian diubah sewaktu pembikinan filem Toy Story.
5. Warna Buzz Lightyear dipilih dengan alasan mudah ini!
Lasseter mengatakan pakaian Buzz Lightyear direka untuk kelihatan seperti pakaian angkasawan Apollo pada waktu itu. Namun, mereka mahukan Buzz lebih berwarna dan ceria. Oleh itu, Lasseter memilih warna kegemarannya, hijau limau dan warna kegemaran isterinya, Nancy iaitu ungu.
6. Model karakter Andy digunakan beberapa kali dalam Toy Story
Para pereka animasi filem ini telah menggunakan model asas karakter Andy – walaupun dengan gaya rambut, pakaian, warna kulit dan aksesori yang berbeza – untuk membuat rekaan kanak-kanak di pesta Andy, dan juga beberapa karakter di Pizza Planet.
7. Barbie sepatutnya muncul dalam filem pertama
Barbie telah membuat kemunculan dalam sekuel filem Toy Story walaupun sepatutnya watak tersebut debut dalam filem pertama. Dalam salah satu skrip asal, adegan di mana Buzz dan Woody mengejar trak, Barbie juga sedang memandu kereta Corvettenya yang berwarna merah jambu, untuk menyelamatkan duo itu dari anjing Sid.
8. Personaliti Rex diinspirasikan oleh T-Rex dari Jurassic Park
Semasa proses rekaan Rex, filem Jurassic Park baru sahaja ditayangkan di pawagam. Disebabkan populariti dinosaur yang melonjak pada ketika itu, terhasillah karakter Rex. Namun, watak ini diolah menjadi seekor dinosaur yang kurang keyakinan diri dan bukannya ganas. Mereka juga membuatkan Rex neurotik kena T-Rex memiliki lengan pendek menyebabkan mereka tidak dapat mencapai hidung sendiri.
9. Para pereka mengikat papan pada kaki untuk menganimasikan mainan askar
Untuk menyempurnakan cara mainan para tentera berjalan, para pereka animasi ini telah mengambil papan kayu dan mengikatnya ke kaki mereka lalu bergerak menggunakan papan tersebut. Bukan senang ya untuk menghasilkan filem ini.
10. Seluruh “Toy Story 2” hampir hilang hanya kerana satu baris kod
Pengasas bersama Pixar, Ed Catmull mangatakan dalam bukunya bahawa Toy Story 2 hampir keseluruhannya dibuang hanya disebabkan satu baris kod. “Pertama, topi Woody hilang, kemudian butnya. Kemudian Woody hilang sepenuhnya dari pemacu!” ditulis Catmull dalam bukunya. Mujur, seorang pengarah teknikal mempunyai salinan sandaran filem itu dengannya.
Sumber: Insider & Oh My Disney
Baca lagi: https://wiser.my/siri-dan-filem-seram-terbaik-anda-wajib-tonton-di-netflix/