Siapa sangka sebuah ladang durian di Batu Pahat seluas 700 ekar menggunakan teknologi canggih seperti dron untuk menyembur racun perosak.
Bukan itu sahaja, ladang ini juga turut menggunakan sensor untuk mengambil bacaan tanah serta sistem renjisan yang merenjis baja melalui sentuhan butang.
Dalam pasaran durian di Asia Tenggara, Top Fruits Plantations telah beralih kepada kaedah berteknologi tinggi untuk meningkatkan pengeluarannya.
Pengarah urusan, Tan Sue Sian, berkata ia adalah cara yang lebih pantas untuk mendapatkan hasil yang lebih konsisten dari segi bentuk, dan aroma yang lebih baik.
Melalui teknologi yang digunakan, petani boleh mengukur dengan lebih tepat kuantiti baja dan air yang diperlukan oleh pokok.
Peranti sensor dimanfaatkan sehingga 400 ekar (160 hektar) ladang, dipasang pada tiang, disambungkan ke tanah dengan satu siri kabel di ladang Top Fruits, Batu Pahat.
Sistem renjisan pula dipasang pada rangkaian paip yang diaktifkan dari jauh untuk menyembur baja ke pokok, manakala dron berlegar di atas ladang untuk menyembur racun perosak.
Dilaporkan Top Fruits membelanjakan sekitar RM4 juta sejak tiga tahun lalu untuk teknologi itu.
Hasilnya, 800 tan durian dari ladangnya dapat dikeluarkan setiap tahun, dengan lebih 80% tanamannya dibekukan di kilang untuk dieksport ke luar negara, yang kebanyakannya ke China.
Sumber: The Star
Gambar utama: The Straits Times
Baca juga: