Apple hari ini merasmikan kedai Apple (Apple Store) yang pertama di India, terletak di Bandra Kurla Complex. Kompleks di Mumbai ini turut menempatkan fasiliti kewangan, seni dan hiburan.
Turut dirujuk sebagai Apple BKC, ia menjadi salah satu kedai Apple yang paling cekap tenaga di dunia kerana mempunyai solar panel dan kebergantungan tahap sifar pada tenaga fosil.
Selain itu, cawangan ini juga beroperasi menggunakan 100% tenaga diperbaharui.
Dari segi rekaan pula, Apple BKC menampilkan siling kayu buatan tangan berbentuk segi tiga yang melangkaui bahagian hadapan kaca hingga ke bahagian bawah kanopi di luar, mencerminkan keunikan geometri kedai Apple.
Dalam pada itu, terdapat lebih 450,000 elemen kayu individu dan semuanya dipasang di Delhi.
Malah, dua dinding batu dari Rajasthan dan tangga keluli tahan karat sepanjang 14 meter turut menjadi dekorasi penting Apple BKC.
Untuk makluman, Apple Store kedua India juga akan dibuka tidak lama lagi di New Delhi 2 hari lagi.
Di dalamnya menempatkan sekitar 100 kakitangan yang boleh bercakap sebanyak 20 bahasa, secara kolektif.
{suggest}
Ini bukan bermakna setiap individu boleh faham dalam 20 bahasa namun keseluruhannya pekerja di sana, menjumlahkan pada kemampuan untuk berbicara dalam 20 bahasa.
Sumber: Apple