Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple store india 4 2

Apple BKC – Apple Store Pertama Di India Rasmi Hari Ini, Yang Kedua Pula Lagi 2 Hari

Diterbitkan April 18, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Apple hari ini merasmikan kedai Apple (Apple Store) yang pertama di India, terletak di Bandra Kurla Complex. Kompleks di Mumbai ini turut menempatkan fasiliti kewangan, seni dan hiburan.

apple store india

Turut dirujuk sebagai Apple BKC,  ia menjadi salah satu kedai Apple yang paling cekap tenaga di dunia kerana mempunyai solar panel dan kebergantungan tahap sifar pada tenaga fosil.

Selain itu, cawangan ini juga beroperasi menggunakan 100% tenaga diperbaharui.

apple store india

Dari segi rekaan pula, Apple BKC menampilkan siling kayu buatan tangan berbentuk segi tiga yang melangkaui bahagian hadapan kaca hingga ke bahagian bawah kanopi di luar, mencerminkan keunikan geometri kedai Apple.

apple store india

Dalam pada itu, terdapat lebih 450,000 elemen kayu individu dan semuanya dipasang di Delhi.

Malah, dua dinding batu dari Rajasthan dan tangga keluli tahan karat sepanjang 14 meter turut menjadi dekorasi penting Apple BKC.

apple store india

Untuk makluman, Apple Store kedua India juga akan dibuka tidak lama lagi di New Delhi 2 hari lagi.

Di dalamnya menempatkan sekitar 100 kakitangan yang boleh bercakap sebanyak 20 bahasa, secara kolektif.

Berkaitan

  • TRX Dalam Rundingan Untuk Bawa Apple Store Ke Malaysia
  • Apple Store Di Kuala Lumpur Akan Dibuka? Dilaporkan Foto Tunjuk Kerja-Kerja Pembinaan Sedang Berjalan
  • Sah, Apple Store Di Kuala Lumpur, Jawatan Kosong Kini Dibuka

Ini bukan bermakna setiap individu boleh faham dalam 20 bahasa namun keseluruhannya pekerja di sana, menjumlahkan pada kemampuan untuk berbicara dalam 20 bahasa.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY