ZTE Quartz , Jam Pintar Android Pertama Dari ZTE Dengan Bateri Besar 500mAh

Selepas pelancaran jam pintar pertama mereka dengan kerjasama Tensent OS di China 2 tahun yang lalu, ZTE akhirnya muncul lagi untuk jam pintar ke dua mereka. Tetapi kali ini mereka memilih untuk memuatkan sisitem operasi Android Wear 2.0.

ZTE-Quartz-1

ZTE Quartz, nama diberi, akan dijual pada sekitar RM 1500 dijangkakan bermula pada 14 April ini melalui pembelian di T-Mobile.

Jam pintar ZTE Quartz ini memiliki paparan AMOLED berukuran 1.4 inci. Lebih kurang sama dengan LG Watch Sport tapi ZTE Quartz membuat tindakan yang bijak dengan memperlihatkan sokongan NFC dan fungsi standard untuk smartwatch seperti sensor degupan jantung, jarak perjalan, pembakaran kalori dan lain-lain.

ZTE juga menawarkan variasi model tanpa NFC dan pembeli akan mendapat harga yang lebih murah. Dengan sijil ketahanan air IP67 dan kapasiti bateri 500 mAh, ZTE Quartz mungkin akan menjadi perhatian peminat jam pintar ketika ini.

Sumber