ZTE Memperkenalkan Blade 20 Pro 5G Dijana Snapdragon 765G Dan Bateri 4,000mAh

ZTE hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan Blade 20 Pro 5G. Ia merupakan saudara besar kepada ZTE Blade 20 5G yang telah dilancarkan pada awal November lalu.



ZTE Blade 20 Pro 5G dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 765G bersama-sama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB yang menyokong microSD.

Skrinnya adalah dari AMOLED 6.47 inci beresolusi FHD+ yang turut mempunyai takuk kecil memuatkan swafoto 20MP. Terdapat juga pengimbas cap jari dalam skrin.



Beralih ke bahagian belakang, ZTE memuatkan sebanyak 3 lensa dibarisi 64MP utama, 8MP sudut lebar, dan 2MP untuk tujuan makro dan depth.

Kapasiti bateri sebanyak 4,000mAh disertakan yang menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4+. Ia menjalankan MiFavor 10 berasaskan Android 10.



ZTE Blade 20 Pro 5G diperkenalkan untuk pasaran China sahaja namun harga jualannya belum lagi diumumkan buat masa ini.

Sumber: ZTE

Berkaitan