ZTE Kini Dibenarkan Kembali Untuk Berurusan Dengan Amerika Syarikat

Kerajaan Amerika Syarikat telah berjaya membuat keputusan dengan membenarkan ZTE kembali berurusan dengan syarikat teknologi negara itu. Sebelum ini Presiden Trump telah melarang sebarang urusan perniagaan dengan syarikat pembekal alatan telekomunikasi ke-2 terbesar China tersebut selama 7 tahun atas sebab-sebab keselamatan.

Perkembangan tersebut walau bagaimanapun akan dikenakan dengan beberapa syarat. ZTE akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM 5.2 bilion serta perubahan dari segi pengurusan tertinggi syarikat.



ZTE didapati melanggar sekatan ekonomi dengan menjalinkan hubungan perniagaan dengan Iran dan Korea Utara mengakibatkan mereka dihalang untuk berurusan dengan syarikat teknologi U.S seperti Qualcomm.



Alatan ZTE menjadi kontroversi di Amerika Syarikat kerana beberapa individu keselamatan negara itu memberi nasihat agar tidak menggunakan sebarang alatan ZTE kerana dikhuatiri akan menimbulkan isu keselamatan negara. ZTE bagaimanapun menafikan perkara tersebut dan bersedia memberikan kerjasama.