ZTE Dijangka Perkenal Telefon Pintar Dengan Keupayaan 5G Pada Awal 2019

Pengeluar telefon pintar yang berpengkalan di Shenzen, ZTE Corp, dilapor akan memperkenalkan telefon pintar dengan sambungan telekomunikasi generasi kelima untuk pasaran Amerika Syarikat.

Ia adalah berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh CEO syarikat, Lixin Cheng pada acara CES 2018 baru-baru ini.



Menurut Cheng, syarikatnya sedang dalam usaha untuk membangunkan peranti yang mampu mengoptimumkan rangkaian 5G pada penghujung 2018 ataupun awal 2019.

Perancangan tersebut mungkin akan berubah, bergantung kepada penawaran 5G di Amerika Syarikat dan juga ketersediaan cip pemprosesan dengan sokongan 5G.

Disamping itu, beberapa syarikat penyedia rangkaian seperti AT&T dan Verizon telah menyatakan penawaran rangkaian 5G akan dimulakan pada akhir tahun ini.

Sumber: Android Authority