ZTE Axon 9 Dan Axon 9 Pro Muncul Dalam Senarai Pendaftaran Laman Sesawang Eurasian

Seperti yang dilaporkan semalam, ZTE mungkin meneruskan kesinambungan untuk peranti paling terkenal mereka, Axon 7 dengan Axon 9. Untuk pengetahuan pembaca, telefon pintar Axon 7 dilengkapi skrin paparan AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 820, pembesar suara stereo dengan harga sekitar RM 1,500. Itu untuk tahun 2016.



Tahun lepas peminat menunggu sambungan kepada Axon 7 namun hampa kerana ZTE tidak membuat sebarang kemaskini kepada siri Axon mereka. Berbeza pula untuk tahun ini, ZTE mungkin akan memperkenalkan Axon 9 kepada dunia.

Ini kerana menurut laman sesawang Kesatuan Ekonomi Eurasia yang merangkumi negara seperti Belarus, Armenia, Kazakhstan, Krygzstan dan Russia, produk yang didaftarkan oleh ZTE antaranya adalah Axon 9 dan Axon 9 Pro.



Jika berita ini adalah benar, kita boleh jangkakan peranti tersebut akan megenakan cip pemprosesan terbaru, Snapdragon 845, skrin paparan LED dan juga sistem audio yang baik. Untuk versi Pro pula, peranti mungkin akan dilengkapi dengan ruang RAM yang besar seperti 8GB yang merupakan perkara biasa untuk peranti dari China.

Kami akan maklumkan jika terdapat imej yang tertiris selepas ini.