ZTE Axon 10s Pro Peranti Pertama Rasmi Guna Snapdragon 865

Sedang asyik kita menanti kemunculan Snapdragon 865 pada siri Samsung Galaxy S20, pengeluar China iaitu ZTE pula tampil membuat kejutan. Melalui pelancaran ZTE Axon 10s Pro semalam, ia merupakan telefon pintar pertama yang rasmi menggunakan Snapdragon 865.

Dari segi spesifikasi, peranti ini hadir dengan paparan AMOLED melengkung berukuran 6.47 inci dengan resolusi 1080p. Ia turut disertakan bersama ciri imbasan cap jari pada paparan dan rekaan takuk yang menempatkan kamera 20MP.

Rakaman belakang peranti ditugaskan kepada kamera 48Mp, 20MP lensa lebar dan 8MP telefoto. Bergandingan dengan Snapdragon 865 adalah RAM LPDDR5 12GB dan storan berasaskan UFS 3.0 berkapasiti 256GB.

Janaan kuasa pula dikerah dari bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas Quick Charge 4.0. ZTE Axon 10s Pro menawarkan sambungan kepada rangkaian 5G serta sokongan WiFi 6. Harga jualan yang ditetapkan adalah pada $469 (~RM1942).

Sumber: ZTE