Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Zoo Mini Teruntum Bakal Guna “Smart Toilet”

Zoo Mini Teruntum Bakal Guna “Smart Toilet”

Diterbitkan November 23, 2020 · Dikemas kini November 24, 2020 oleh Helmi Samsuri

Zoo Mini Teruntum yang terletak di Kuantan bakal menggunakan Smart Toilet bermula pada tahun hadapan. Memetik laporan daripada Bernama, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) meramalkan dengan adanya khidmat tandas pintar tersebut, ia mampu mengurangkan kos selenggara sehingga 50%.

Sebanyak enam buah tandas pintar telah dibangunkan oleh kontraktor tempatan yang mana kesemuannya menelan kos RM150,000. Tandas pintar mempunyai kelengkapan sensor yang berupaya mengaktifkan kipas dan lampu hanya ketika ia digunakan sahaja.

Selain daripada itu, ia turut memanfaatkan sistem pencahayaan serta pengudaraan semula jadi. Terdapat juga sensor pada pam tandas dimana ia akan menyimbah air selepas digunakan. Bagi memberikan lebih penjimatan kepada pihak pengurusan, air hujan digunakan untuk tujuan pembersihan tandas pintar tersebut.

Zoo Mini Teruntum dipilih sebagai lokasi pertama untuk projek rintis tandas pintar ini dan dirancang dikembangkan lagi ke kawasan lain.

Sumber: Bernama

Foto utama: KuantanLoka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY