ZenFone Max Pro (M1) Untuk Gamers Dengan Bateri 5000mAh & Snapdragon 636 Serendah RM599

Asus Malaysia juga tidak ketinggalan untuk memperkenalkan peranti yang dikhususkan untuk penggemar permainan telefon pintar. Peranti ZenFone Max Pro (M1) hadir pada hari ini bagi memberi pilihan yang lebih bijak kepada pengguna mereka.



ZenFone menampilkan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000mAh dan digabungkan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 636 bagi memberi prestasi bermain yang lama. Asus menyatakan yang peranti ini boleh digunakan untuk bermain permainan Mobile Legends selama 45 permainan dengan satu caj penuh.

Bateri 5000mAh ini boleh dicaj penuh dari 0% selama 2 jam 42 minit bagi memberi pengguna lebih masa bermain dan kurang masa untuk mengecas.



Asus juga tidak mengabaikan prestasi kamera untuk ZenFone 5 Max Pro (M1) kerana mereka menyertakan tetapan dwi-kamera untuk peranti ini. Kamera utama dengan nilai aperture f/2.0 digabungkan dengan kamera kedua yang membolehkan efek bokeh diambil.





Berikut disertakan spesifikasi lain untuk ZenFone Max Pro (M1):































Paparan 6" FHD+ 18:9 Full View IPS
CPU/GPU SD 636 + Adreno 509
Memori (RAM/ROM) 3,4,6GB/32, 64
Kamera Utama f/2.0 16 MP + kamera kedua
Kamera Hadapan f/2.2 16MP + Softlight LED flash
Slot Kad SIM 2 kad SIM + Micro SD sehingga 2TB
OS Pure Android 8.1 Oreo

Harga yang ditawarkan pula adalah cukup lumayan jika dibandingkan dengan pesaing terdekat mereka. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM 599 di Lazada yang akan dijual dalam segmen flash sales mereka bermula pada 1 Jun 2018.