ZenFone Live - Peranti Android Go Pertama Dari Asus

Sejumlah peranti telah diperkenalkan dengan sistem operasi berspesifikasi rendah Android Go.

Melalui Android Go, ia mengoptimumkan kepada tiga perkara asas iaitu, sistem operasi, Google PlayStore, dan aplikasi Google (Maps Go, YouTube Go, dll) dengan memberikan pengalaman yang lebih baik untuk telefon berspesifikasi rendah.

Bakal mengikut jejak langkah beberapa pengeluar lain, Asus telah mengumumkan kehadiran peranti Android Go untuk pasaran kelas permulaan.

Dikenali sebagai Asus ZenFone Live, ia dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 425, diiringi memori RAM 1GB, nilai maksimum bagi sistem operasi Android Go. Bagi ruangan simpanan data, ia dilengkapi dengan storan 16GB.

Hadir dengan skrin paparan IPS 5.5 inci  bernisbah 18:9 dan resolusi 720piksel. Kamera belakang menggunakan lensa 8MP dan bahagian hadapan menggunakan kamera 5MP. ZenFone Live juga menyokong dwi kad sim dengan janaan bateri sebesar 3000 mAh.

Menjalankan antaramuka ZenUI dan mengoperasikan Android Oreo 8.1 edisi Go, ZenFone diletakkan pada nilai $109.99 iaitu lebih kurang RM 448.70, mengikut kadar tukaran matawang asing semasa.

Sumber: Android Police