Zenfone 5 Peranti Pertama Asus Dengan Kebolehan A.I Dan Penarafan 93 Markah Dari DxO Mark

Asus Malaysia pada harini telah melancarkan dua peranti terbaru Zenfone iaitu Zenfone 5 dan juga Max Pro (M1). Dua peranti kelas pertengahan ini  disasarkan kepada pengguna yang mahukan prestasi yang mengkagumkan tanpa perlu berbelanja lebih.



Asus menggelarkan peranti ini sebagai peranti paling pintar mereka pernah hasilkan. Ini kerana Zenfone 5 menyokong fungsi A.I yang merangkumi dari segi paparan, kamera, nada dering, pengecasan dan pengecaman gambar.





Peranti berukuran 5.5" ini dilengkapi skrin paparan 6.2" FHD+ dengan bingkai nipis ini juga menyertakan rekaan takuk yang boleh dihilangkan menerusi tetapan peranti. Asus juga menerangkan yang skrin paparan akan mengikut format video yang dimainkan dan akan menyesuaikannya mengikut gaya tontonan pengguna.

Zenfone 5 yang telah memenangi beberapa anugerah di MWC 2018 baru-baru ini menekankan fungsi A.I mereka ke dalam penggunaan peranti. Dalam fotografi misalnya, pengguna cuma perlu menghalakan lensa kamera ke subjek dan sistem operasi kamera akan mengubah tetapan kamera mengikut subjek yang ditangkap.



Secara tak langsung, DxO Mark juga telah memberi penarafan 93 markah kepada Zenfone 5 atas prestasi kamera mereka. Telefon pintar ini dilengkapi sistem audio yang hebat dengan menggabungkan 2 pembesar suara dari NXP untuk memberikan pengalaman audio yang lebih hebat.



Berikut merupakan spesifikasi lain untuk peranti Zenfone 5.















































Warna Midnight Blue, Meteor Silver
Skrin Paparan 6.2" Full HD+ Panel IPS Dengan nisbah 19:9
CPU Qualcomm Snapdragon 636
GPU Andreno 509
Memori RAM: 4GB ROM:64GB
Kamera Utama f/1.8 12MP Sony IMX363 + 120° Wide Angle Camera
Kamera Hadapan f/2.0 8MP dengan face unlock
Kad SIM Hybrid slot
Bateri 3300mAh
Audio Dua speaker NXP smart amplifiers
Berat 155g



Harga yang ditawarkan untuk Zenfone 5 adalah RM 1,299 dan boleh mula didapati di Lazada dengan cara pra-tempahan bermula 4 Jun ini.

Berkaitan