Ada rakan-rakan yang memerli kononnya kita bercakap menggunakan "dulang". Tetapi tahun demi tahun, saiz telefon dengan skrin yang besar sudah mula kelihatan normal. Rata-rata model dipasaran sekarang hadir dengan ukuran 5 inci dan keatas.
Namun begitu, ia tidak menghalang seorang pencipta daripada mengeluarkan telefon yang bersaiz 46.7mm x 21mm x 12mm. Ia sangat kecil dan kelihatan sebesar sebiji bateri AAA.
Diberi nama Zanco Tiny T1, ia telah dibangunkan oleh Shazad Talib yang sememangnya pakar dalam mencipta telefon bersaiz kecil. Ciptaannya sebelum ini seberat 20 gram manakala Tiny T1 pula seberat 13 gram.
Tiny T1 dilengkapi dengan skrin OLED berukuran 0.49 inci dengan resolusi paparan 64 x 12. Mempunyai sambungan MicroUSB dan mampu memuatkan 300 nombor telefon di dalamnya.
Telefon comel itu bakal dijual pada lingkungan harga 30-39 pound(~RM163.12-~Rm212.06). Talib turut memasang niat mahu mencipta telefon pintar terkecil pula selepas ini.
Sumber: Telegraph and Argus
Kredit Gambar: Kane Fulton
Berkaitan
- Western Digital Perkenal Cakera Keras Luaran Berkapasiti 20TB
- Xiaomi Mi Play Dilancar Secara Rasmi, Dilengkapi MediaTek Helio P35 Dan Bateri 3000mAh
- SKMM Beri Peringatan Perbuatan "SPAM" Boleh Dikenakan Tindakan
- Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Sudah Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Selepas Ini Anda Boleh Tolak Jemputan Masuk Kedalam Grup Perbualan WhatsApp
- Mi Band 4 Dikatakan Sudah Dapat Pengesahan Di Taiwan, Ini Mungkin Rupa Bentuk Pengganti Mi Band 3
- Infinix Malaysia Umum Tarikh Pelancaran Tiga Model Baru Dari Siri Hot 30
- 11Street Sudah Buka Pra-Tempah Untuk iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus
- Google Maps Menjadi Lebih Mudah Dengan Arahan Bergambar Dari Google Street View
- realme Buds Wireless Pro Dapat Pengesahan SIRIM, Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi