Yusof Ali Memiliki Lebih 1,000 Barangan Milo

yusof ali 1,000 barangan milo

Hampir kesemua penduduk Malaysia tentunya sudah sinonim dan membesar dengan minuman Milo. Hal ini sama seperti Yusof Ali, seorang peminat setia Milo yang memiliki lebih 1,000 barangan Milo di rumahnya.

Peminat tegar Milo yang berusia 41 tahun ini mula mengumpul barangan Milo sejak 15 tahun yang lalu. Ia adalah sebagai tanda mengenang arwah bapa beliau yang pernah memiliki kedai serbaneka suatu ketika dahulu. Katanya, minat untuk mengumpul mula hadir dalam tahun 1980-an sewaktu pembekal datang membawa stok Milo untuk diletakkan di kedai bapanya.



Menurut laporan Malay Mail, Yusof berkata,
"We would always get free gifts with the delivery, like pencil boxes and water bottles. When I become an adult, I started having a sense of nostalgia for these items so I started collecting them. Now, I have everything from old Milo tins to umbrellas."

Koleksi yang merangkumi lebih 1,000 barangan Milo termasuk cawan, pakaian, pin, poster, beg, topi, dan banyak lagi disimpan dan dikemas rapi di ruang tamu rumah beliau.

Yusof menganggarkan beliau memiliki hampir 90% dari kesemua barangan yang pernah dikeluarkan oleh Milo. Paling rare, beliau juga mempunyai cawan dengan logo jenama Milo yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 1950-an.



Beliau juga adalah pentadbir kepada laman Facebook untuk peminat Milo Malaysia yang berkongsi koleksi serta menukar barangan sesama mereka. Menariknya, laman ini mempunyai lebih daripada 6,000 ahli yang juga berkongsi minat yang sama seperti Yusof.

Kata Yusof, jumlah kos koleksi Milo beliau berkemungkinan sudah mencecah hampir RM40,000. Walaupun begitu, Yusof mengatakan nilai sebenar koleksi tersebut terletak pada nilai sentimental setiap barangan Milo yang dimilikinya itu.

Tidak berhasrat untuk berhenti mengumpul, Yusof bercadang untuk menjadikan usaha beliau yang sudah bertahun-tahun itu kepada satu muzium khas buat peminat-peminat Milo.

Jika anda juga merupakan salah seorang dari peminat dan pengumpul barangan Milo, anda boleh sertai laman Facebook ini.

Sumber: FMT & Malay Mail

Berkaitan