Boleh digunakan pada peranti iPhone, Android, macOS dan Windows. Tapi tidak pada iPad Pro.
Yubico hari ini telah melancarkan produk kunci keselamatan terbaru mereka iaitu YubiKey 5Ci. Ia merupakan kunci keselamatan pertama yang ditawarkan untuk pengguna iPhone.
YubiKey 5Ci juga merupakan peranti kunci keselamatan pertama di dunia yang menyokong 2 sambungan berbeza iaitu Lightning dan USB-C.
Sekaligus menawarkan penyelesaian terbaik kepada pengguna yang mementingkan keselamatan data mereka di peranti iOS, Android, macOS atau Windows. Walaubagaimanapun, ia tidak menyokong tablet iPad Pro yang dilengkapi dengan sambungan USB-C.
YubiKey 5Ci boleh digunakan bersama aplikasi keselamatan data iOS termasuklah 1Password, Bitwarden, Dashlane, Idaptive, LastPass dan Okta. Malah turut menyokong aplikasi pelayar Brave di peranti iOS.
Peranti kunci keselamatan ini sudah pun boleh dibeli dari laman Yubico.com pada harga USD70.00. Info lanjut spesifikasi YubiKey 5Ci boleh didapati di laman muka YubiKey 5 Series.
Berkaitan
- Perancis Arah Apple Tarik Balik Jualan iPhone 12 Dari Pasaran
- Google Akan Memperbetulkan 'Pepijat' Yang Menyebabkan Pengguna iPhone Boleh Mengakses Storan Tanpa Had Di Google Photos
- Pepijat Dalam Cip Qualcomm Menjejaskan Keselamatan Telefon Pintar Android
- Apple Beri Amaran, Kecacatan Keselamatan Ditemui Pada iPhone
- Pemilik iPhone Simpan Telefon Mereka Lebih Lama Berbanding Pemilik Android
- Pengguna Android Dan Windows Bakal Boleh Ber "Facetime" Dengan Pengguna iPhone
- Pengguna Peranti Sistem KaiOS Kini Boleh Membuat Panggilan Audio WhatsApp
- Tarikan iPhone Semakin Merosot, Pengguna Kini Lebih Tertarik Kepada Peranti Android
- Telefon Pintar Dengan Kamera Swafoto Terbaik Jadi Milik iPhone 15 Pro Max
- Peminat iPhone Mungkin Tak Berapa Berkenan Dengan Reka Bentuk Baru iPhone 13 Nanti