Youtuber Terkenal PewDiePie Akan Berhijrah Ke Platfrom Switch

Seorang Youtuber yang terkenal, PewDiePie mengumumkan beliau akan bertukar ke platform Twitch hasil dari polisi iklan Youtube yang terbaru.

Youtube kebelakangan ini telah mengetatkan polisi mereka dari segi kandungan video. Video yang mengandungi kandungan-kandungan kesat telah ditutup dari digunakan untuk kegunaan komersial.

Bot Youtube mula menapis sesetengah video dari dapat menjana pendapatan dan ini terjadi kepada Youtuber paling terkenal mereka, PewDiePie.

Salah satu video beliau yang ditandai dengan kandungan anti-semitic telah mengakibatkan pendapatan Youtuber itu jatuh merudum berbanding sebelum ini.

Hasilnya, beliau mengumumkan rancangan mingguan beliau akan berpindah ke platform Twitch.

Beliau berkata keputusan ini telah ditimbang sebelum ini sebelum polisi ini dikuatkuasakan.

Sumber

Berkaitan